Claw – Opus Hate (EP 2016)

0

Setelah menghasilkan Negativity Through Solitude pada 2012, Claw agak sedikit menyepi dari persembahan pentas (difahamkan vocalist mereka berada di luar negara sekarang) namun unit ini masih menghasilkan material dan pada suku pertama 2016 sebuah EP bertajuk Opus Hate mengandungi 4 buah lagu telah dikeluarkan oleh sebuah label bernama Varmt Stal Records.

Silencer (Vocal), Warlord (Bass), Nocturn (Guitars), K.W (drums)
 Artwork/Imej oleh Gog Magog Hatred
Layout oleh Marbuel
Tracklist :
1 – Hate Opus I : Spell of Death
2 – Hate Opus II : Cursed of Wrath
3 – Hate Opus III : Misanthropic Journey
4 – Hate Opus IV : Under Godless Faith

Opus Hate melalui proses rakaman sekitar June 2015 di In the Temple of Incense. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Marbuel.

Apabila melihat pada tracklist, agak kena sekali dengan masa nya apabila gua sejak akhir2 ini seperti “demam” dengan penangan band2 Black Metal dari Poland. Hahaha.. Hate Opus I : Spell of Death adalah track pertama yang disajikan. Persepsi pertama gua apabila mendengar track ini gua nak komen pasal sound produksi nya terlebih dahulu. Rasanya mutu rakaman lebih bagus dari material2 terdahulu dari Claw. Sesuai sekali gua rasa dengan apa yang sedang dilakukan Claw bersesuaian dengan tahap serius dan kematangan band ini. Dari segi lagunya gua boleh katakan ianya tidak terlalu melodic, cuma riffing memberi tekanan itu sudah seakan satu kemestian dalam penciptaan lagu2 Claw.

Hate Opus II : Cursed of Wrath ternyata buat gua sedikit tersenyum sebab gua memang tgh dengar band2 sebegini. Plaga, Mgla adalah antara santapan gua setakat ini dan gua masih belum jemu. Track ini sedikit melodic namun punya feel nya yang tersendiri. Jeritan undangan dari Gog Magog Hatred dari band Insultor menambah feel kedukaan dalam track ini. Sial btol lagu ni memang dia punya feel lain macam sikit!

Hate Opus III : Misanthropic Journey masih feel nya seperti track kedua namun lebih agresif, liar dan menujah gegendang telinga tanpa belas kasihan. Sampai track ketiga gua rasa Claw terkini ini sudah ada trademark music nya sendiri dari konteks Black Metal tempatan. Gabungan feel tekanan yang hebat dan tahap depressive yang tinggi dapat gua hidu sebagai ramuan music terkini Claw.

Hate Opus IV : Under Godless Faith ternyata menyerlahkan lagi kemampuan Claw mengekalkan penciptaan lagu2 dalam konsep music terkini mereka ini. Sekali lagi diulangi, depressive tahap tertinggi dan tekanan adalah apa yang bermainan dalam otak gua apabila ditujah 4 track dari Opus Hate.

Opus Hate boleh gua klasifikasikan sebagai antara produk Black Metal yang bagus untuk tahun 2016 ini. Gua nampak peningkatan mendadak dari material2 terdahulu. Walaupun masih dengan Black Metal namun boleh diterperincikan konsep music bawaan Claw terbaru ini punya nilai tersendiri dan mereka antara terawal dalam meneroka style music gelap ala Poland.

Dari segi mutu rakaman juga ianya boleh dikatogerikan sebagai bagus. Kesemua instrument boleh didengar dengan jelas sekali. Drum dengan sound organiknya, gitar dan bass secukup rasa dan pembawaan dan gaya penyampaian vocal juga kena dengan konsep.

Opus Hate (EP 2016) boleh diperolehi dengan harga RM10 by hand atau RM17 by postage. Hubungi Varmt Stal Records untuk mendapatkan copy anda. Itu pun jika masih  ada saki baki. hahaha

Varmt Stal Records
Email
Facebook
Bandcamp 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected