Neftaraka – Digital Blasphemy (EP 2016)

0

Terakhir Neftaraka menghasilkan full length bertajuk Morts pada 2012. Kemudian mereka menghasilkan beberapa EP, demo serta split album. Digital Blasphemy asalnya sudah hampir dikeluarkan pada 2015 namun ada desas desus masalah kewangan membantutkan pengeluaran nya. 2016 menyaksikan sebuah label dari San Diego California USA bertindak mengeluarkan dalam bentuk limited CD.

 Neftaraka 2016

Cover artwork oleh Steven Meisel
Tracklist :
1 – Digital Blasphemy
2 – Nazzathrone
3 – Ablaze
4 – Sterile Nails And Thunderbowels (Silencer Cover)

Seperti biasa Digital Blasphemy adalah produk rasmi yang dirakam di Necro-X Studio, Ipoh Malaysia (dikhabarkan baru sahaja ditutup) dan juga seperti biasa Armageddon bertindak sebagai jurutera bunyi untuk rakaman ini. Digital Blasphemy dikeluarkan secara limited oleh Sacrificial Sound dari San Diego, California USA.

Track pertama yang menggunakan judul EP iaitu Digital Blasphemy bermula dengan sound sample yang agak asing atmosfera nya meleret sehingga menghampiri 2 minit sebelum music menerjah. Bunyian yang buruk, kotor, tidak profesional namun punya attitude. Itu antara ekspresi pertama gua apabila CD ini diputarkan. Tidak mengharapkan mutu rakaman dan output yang solid. Music nya menjurus kepada mood tekanan, tertekan dan menyeksakan. Ianya sudah menjadi ramuan dan acuan music Neftaraka jika anda mengikuti setiap rilisan dari Neftaraka.

Nazzathrone agak berlainan sound produksinya jika dibandingkan dengan track pertama. Nazzathrone agak kedepan bunyi bass nya. Juga cara nyanyian yang turut sedikit berlainan. Beberapa pertukaran mood dari segi riffing menampakkan kepelbagaian idea dalam penghasilan riff. Overall feel track ini masih memberi tekanan jiwa kepada pendengar seperti gua.

Ablaze nampak Neftaraka seakan mencuba sesuatu yang baru dalam music mereka. Sedikit melancolic, depressive seperti mendengar band2 yang membawa tema suicide dalam music Black Metal mereka. Sedikit kelajuan tempo bermula pada suku terakhir track.

Track terakhir adalah sebuah cover song dari band Silencer bertajuk Sterile Nails And Thunderbowels yang diambil dari satu-satunya album tunggal bertajuk Death : Pierce Me (2001). Track asal agak gila dan apa yg Neftaraka lakukan tidak banyak bezanya. Mungkin mencabar kemampuan diri dalam membawa lagu sebegini.

Digital Blasphemy boleh gua katakan antara material Neftaraka yang ada sedikit kelainan walaupon irama dan mood masih kepada mood tekanan tahap maksima. Sound produksi seakan tidak di “polish” dan itu lah trademark Neftaraka. Kepada pendengar, pengumpul2 rilisan Neftaraka, mat2 Black, boleh lah dapatkan CD ini jika berkesempatan. Hahaha

Ok, rasanya copies untuk pasaran Malaysia sudah sold-out. Anda mungkin boleh menghubungi sendiri Neftaraka atau Sacrificial Sound untuk fizikal copy anda. Jika berasa kempunan bolehlah ke laman bandcamp Neftaraka juga Sacrificial Sound. Berita yang sedikit memberi harapan ialah pihak Sacrificial Sound akan mengeluarkan Digital Blasphemy dalam format kaset. Hahaha ini produk analog ok!!!!

 

Neftaraka
Email
Bandcamp

Sacrificial Sound
Facebook
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected