Chelation Intoxication – Pesta Anomali (Single 2017)

0

Secara asasnya CD single ini gua sudah perolehi beberapa bulan lepas namun belum berkesempatan untuk mendengar dengan teliti. Chelation Intoxication band dari Kedah Darul Aman ini telah menghasilkan sebuah promo pada tahun kelahiran mereka iaitu pada 2011. Kemudian dibawah Grundar Productions, mereka telah menghasilkan sebuah EP bertajuk Dismemberment (XVIII) yang mengandungi 6 buah track termasuk sebuah lagu saduran dari Encephalopathy. EP ini berada dipasaran pada 2013. Suku terakhir 2017 iaitu pada 30 October, Chelation Intoxication telah melahirkan single CD mengandungi 2 buah track. Ianya dinamakan Pesta Anomali (Single 2017) diambil dari track pertama yang merupakan track terbaru dari mereka.

Fiq (Guitars), Shah (Bass), Rxth (Vocals)

Konsep oleh Rxth

Layout oleh Ahfad
Tracklist :
1 – Pesta Anomali
2 – Jugular Severance (Bonus track – Remake 2017)

Pesta Anomali (Single 2017) melalui proses rakaman, mix dan mastering di Fiq’s Homestudio. Single ini diterbitkan oleh Chelation Intoxication bersama Grundar Productions. Ia nya diterbitkan juga oleh Grundar Productions.

Pesta Anomali

Ekspresi pertama apabila Pesta Anomali dimainkan, gua agak rasa teruja dengan sound produksi yang berjaya dihasilkan. Track pertama yang menggunakan sample bunyian percakapan sekitar 48 saat ini agak berbaloi apabila tiba music nya. Bersih, berat, kejam dan nampak kemajuan dari apa yang dihasilkan jika dibandingkan dengan material2 terdahulu. Track terbaru ini juga disertakan dengan sebuah lyric video yang diupload di youtube (sila tengok video diatas perenggan ini). 
Jugular Severance (Bonus track – Remake 2017) adalah track yang terkandung didalam EP terdahulu. Ini adalah rakaman semula yang jauh lebih berbisa sound produksi nya. 

Chelation Intoxication – Live at Kancheng Gigi 2012

Komen secara kasar berkenaan single ini, gua andaikan Chelation Intoxication jelas nampak sudah bersedia dengan apa yang mereka usahakan. Konsep dan sound rakaman yang benar2 sudah seakan berjaya dikuasai oleh mereka dan ini membuatkan pasti gua ternanti-nanti akan material mereka akan datang. Gua harapkan ianya adalah sebuah full length.

Berada dibawah naungan Grundar Productions, pasti segala rangka promosi dan persembahan pentas bakal menaikkan nama Chelation Intoxication pada masa hadapan. Tidak banyak yang boleh dikomen hanya melalui 2 buah track, namun ianya adalah sesuatu yang berkualiti. Penggemar2 Slamming/Gore/Brutal Death Metal wajib mengenali dan mempunya karya ini. Kenali Chelation Intoxication melalui link yang kami sediakan dan dapatkan CD dan merch Chelation Intoxication melalui band dan juga Grundar Productions.

Chelation Intoxication
Email
Facebook
Twitter
Reverbnation
Youtube

Grundar Production
Email
Official Website
Facebook
Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected