Blasphematory – Depths of the Obscurity [Full Length, 2020]

0

Keluaran Death Metal dari Finland barangkali tidak menonjol sangat (kecuali kepada yang die-hard) berbanding scene Death Metal lain lantaran bunyinya yang thick, downtuned, kuno dan berperisa bangkai. Namun over the years Finnish Death Metal mula meninggalkan kesan kepada band-band muda (malah ada bukan dari Finland pun) yang menerapkan stail yang serupa. Salah satunya adalah Blasphematory, duo Death Metal dari AS melalui album ‘Depths of the Obscurity’ yang asalnya dikeluarkan pada 2019 dan dikeluarkan selagi lagi pada 2020 untuk format baru melalui Nuclear Winter Records.

9 trek yang dihidangkan bagaikan menolak approach Death Metal zaman sekarang, sebaliknya memuja sound 90an (dan mungkin analog) yang muddy dan sebu. Malah saya rasa mix mereka pun tidak mengikut standard zaman sekarang, paling obvious sekali drum mix yang seakan tidak dikemaskan dan dibiarkan berbunyi kotor. Tapi jangan pandang rendah, kerana drummer melaksanakan tugas dengan baik, sama ada tempo yang berat bak Doom/Death ataupun ribut menghentam blastbeat, semuanya cukup kemas dimainkan. I can even hear the pedals hit semasa tempo naik gila. Gitar dan bass pulak berbunyi low dan buzzing namun memberi feel yang sinister. 

Malah tak sloppy pun, cuma menguatkan tanggapan saya yang kualiti mereka deliberately dibuat hodoh. Bercakap soal vokal pula, saya memang cukup gemar lontaran suara yang menyakitkan tekak, tambah pulak bergema macam mabuk reverb tapi sesuai melengkapi stail yang dibawakan. Adakah saya faham apa dia teriakkan? Mana ada, but who cares. 

Album ini adalah direct opposite kepada Death Metal moden, dan seakan memberitahu pergi mampus dengan production terlalu kemas dan Death Metal patut kekal berbunyi mengancam dan busuk tanpa perlu kompromi songwriting dan kemahiran yang bagus. Kaki Death Metal yang worship style yang low tuned dan buruk, anda wajib dengar Blasphematory. Ughhh!

Depths of the Obscurity kini terdapat dalam format CD, kaset, dan muat turun digital.

FFO: Abhorrence, Agonized, Demilich

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected