Black Abyss – Funeral Christ (2016)

0

Merujuk kepada laman web Metal Archives, band yang berasal dari Shah Alam ini telah ditubuhkan sekitar 2003. Black Abyss antara band yang memperjuangkan irama Black Metal dan telah menghasilkan sebuah demo bertajuk When Sky Comes Black pada 2007 dan terlibat didalam beberapa split dan compilation album. Funeral Christ yang dikeluarkan pada Ogos 2016 merupakan hasil rakaman lama iaitu pada 2010 dahulu namun tidak dapat dikeluarkan secara proper atau rasmi (album ini pernah dikeluarkan dalam format kaset dan kuantiti terlalu limited oleh sebuah label dari Borneo). Album sulung ini dikeluarkan oleh Monument of Misanthropy Production.

Line up terlibat didalam rakaman Funeral Christ (2016)

Tracklist :

1 – Nightmare Before The Christ Death
2 – Funeralchrist
3 – Beginning Of War Misanthropia
4 – Infernal 666
5 – War Of Apocalypse
6 – When Sky Turns Black
7 – Flames Of Vatican In Fire
8 – Hades (Bathory Cover)
9 – Black Arts (Bonus Track)

Funeral Christ melalui proses rakaman di I Seek Studio sekitar Januari 2010 manakala proses mix dan mastering di lakukan oleh Necro X. Satu jangkamasa yang agak lama untuk rilis ini berada di pasaran.

Black Abyss – Nightmare Before The Christ Death

Sepanjang pengamatan gua berkenaan album yang tertangguh lama ini, gua boleh simpulkan bahawa Funeral Christ merupakan sebuah produk Black Metal yang mengutamakan sound organik setiap instruments. Tiada penggunaan trigger pada drum, tone gitar yang tidak terlalu bingit, tahap buruk yang sememangnya sesuai untuk genre sebegini, bass secukup rasa dan cara penyampaian vocal yang sememangnya berada dalam kelompok penyampaian vocalist2 Black Metal.

Pengaruh dari Rator, Nebiras dan Bazzah (3 nama besar Black Metal tempatan) seperti yang dinyatakan dalam cover sleeve pada gua, ada benarnya jugak. beberapa lagu majotitinya boleh didengari stroke drum seperti Bazzah yang hanya menggunakan hentakan single pedal satu persatu, permainan yang agak anti teknikal, sedikit melodic (sedikit saja) serta sedikit juga penggunaan clean vocal yang mengingatkan pada lagu2 Nebiras.

Selain itu, gua juga dapat rumuskan beberapa lagu terkandung didalam album ini pernah dimuatkan dalam beberapa kompilasi, split juga demo pertama mereka. Selain dari itu, boleh kiranya ianya adalah lagu2 baru (direkod tahun 2010..hahaha..) dari Black Abyss serta sebuah lagu saduran dari Bathory bertajuk Hades.

Funeral Christ boleh didapati dengan harga RM30 by hand dan RM36 by postage. Hubungi email atau kunjungi laman sesawang facebook untuk urusan pembelian. Jika anda ada kerajinan, boleh lah gugel kerana beberapa label gelap tanahair turut melakukan distribusi untuk album ini. Sebelum terlupa, album ini hanya dikeluarkan agak limited iaitu sebanyak 300 unit sahaja.

Black Abyss – Live at Eastern Apocalypse (2012)


Monument of Misanthropy
Email

Black Abyss
Email
Facebook
Myspace

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected