Bergfried – Romantik I [EP, 2022]
Dalam saya sibuk mendengar terbitan yang ganas-ganas untuk Julai dan Ogos (serius tak tipu), terselit satu dua releases yang unik (tak semestinya berdentum memekakkan), antaranya daripada Bergfried. Unit Heavy Metal dari Austria ini sebenarnya buat saya keliru dengan stail mereka yang bizarre tapi interesting. Ini didemonstrasikan melalui EP mereka Romantik I.
Tapi saya nak tegaskan I throughly enjoyed the EP. Stail yang mencampurkan Epic Heavy Metal dengan perisa Folk/Medieval membuatkan saya teruja namun sukar untuk saya draw comparison dengan band-band saya pernah dengar. Kualiti adunan yang kasar membuatkan Romantik mempunyai raw edges tetapi bukan bermaksud mereka incompetent sebaliknya macam sebuah keluaran yang keluar sewaktu era 70an, for some reason. Songwriting pula menyuntik arrangement Folk/Medieval yang terus mengingatkan saya kepada Windir (with less Black Metal tendency obviously). Ada masanya terasa macam dengar Dio pulak.
Anyway, vokalis Bergfried adalah wanita dan penyampaian vokal memang cukup sifat dan perisa untuk Heavy Metal yang epik. Tak perlu menderam atau memekik, yang ada hanya lontaran vokal clean yang padu. Permainan gitar kedengaran simple, diserikan dengan permainan keyboard yang cheesy untuk emulate feel Medieval dan Folk. Dua trek terawal memang epik dan menarik. Trek terakhir pula lari daripada stail European, sebaliknya ada feel Americana; baik daripada instruments atau pun vokal. Agak kekok namun saya tetap boleh melayan. Romantik I adalah terbitan yang aneh namun ia aneh yang menarik. Sampai sekarang saya pun masih tak mampu nak betul-betul ulas, but I guess it’s an entertaining EP.
Romantik I kini terdapat dalam format kaset dan muat turun digital.
FFO: Lordian Guard, Slough Feg, Wytch Hazel, Hammers Of Misfortune