Auðn – Vökudraumsins fangi

0

Saya kurang arif tentang scene Metal Iceland. Eksport muzik dari sana yang saya tahu cuma Bjork, Sigur Ros dan kalau yang Metal, sekadar Sólstafir. Namun saya percaya iklim sana yang sejuk-sejuk beku pastinya melahirkan inspirasi yang grim dan dingin, seperti hasil keluaran terkini Auðn berjudul “Vökudraumsins fangi” yang dikeluarkan melalui Season of Mist.

“Vökudraumsins fangi” menghidangkan Black Metal yang bermelodi dan melankolik tanpa mengabaikan kepantasan dan feel yang grim sinonim dengan genre ini. Saya mengagumi kemampuan mereka menulis lagu-lagu yang catchy, enak didengar dengan melodi yang memorable dan mendayu.

Tremolo yang abundance, dengan clean guitar strums ada kala menyelit dilengkapi drumworks yang insanely tense dari blastbeat meribut kepada fills yang masyuk. Bass Vökudraumsins fangi agak audible, menjadikan album ini terasa padat. Tak lupa juga lontaran vokal yang bervariasi antara laungan perit kepada jeritan harsh Black Metal. Album ini menawarkan dinamik yang bervariasi, jadi ia terasa hidup dan tidaklah monotonous semata-mata.

Malangnya, Vökudraumsins fangi mempunyai duration yang panjang. 55 minit terasa panjang untuk saya hadam, sekalipun excellently executed namun menyebabkan tumpuan saya hilang terutamanya di 2 lagu terakhir (yang equally catchy!) dan buat saya mempersoal berapa panjang lagi album ni? Itu sahaja. Malah kualiti rakaman Vökudraumsins fangi agak impressive untuk sebuah terbitan Black Metal; tidak terlalu kotor dan tidak terlalu bersih. Just nice. 

Vökudraumsins fangi kini terdapat dalam format CD, piring hitam, dan muat turun digital.

FFO: Winterfylleth, Dynfari, Fen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected