Au Revoir – Su’ul Khatimah (2010)

0
Au Revoir, sebuah kugiran music berat dari utara tanahair iaitu Perlis, asalnya merupakan one men band yang ditunjangi oleh Rammy dan dibantu oleh Yem selaku penyumbang utama didalam solo2 lagu mereka. Band ini telah melahirkan beberapa single dan juga sebuah album penuh pada 2009 bertajuk Keys of Misery. Berkonsepkan Speedrock, Au Revoir telah melahirkan sebuah mini album bertajuk Su’ul Khatimah pada tahun ini (2010) yang mengandungi 6 buah lagu.
1- Disqualified To Be Human
2 – The Life I Choose
3 – The Devil I Called Father
4 – A Love To Kill
5 – The Games Girls Play
6 – Hanzar (instrumental)
Jika di perhatikan pada album ini, gua dapati terdapat peningkatan dari segi song arrangement dan penyampaian vokal jika dibandingkan dengan rilisan2 mereka sebelom ini.
Pengaruh heavy metal dan old skool metal jelas kedengaran pada setiap lagu Au Revoir. malah ada sesetengah lagu jika dibawakan secara live mampu membuatkan crowd menggila dan headbang bersama. Contoh seperti lagu A Love To Kill dan The Games Girls Play sangat bagus jika dibawakan secara live. mungkin juga masanya belom tiba untuk Au Revoir beraksi secara live di pentas2 gig negara kita.. ya segala nya mungkin.. mungkin dapat mencerahkan mata2 warga lama old skool metal yg kepingan music2 dambaan mereka dikala jiwa masih bergelora dgn darah muda.. haha..
Dari segi kualiti rakaman pada gua ianya bersesuaian juga walopon telinga sensitif gua ini agak cerewet namun penghasilan bunyian rakaman Au Revoir seakan bertepatan dgn konsep yg dibawa nya.. mungkin untuk rilisan akan datang Au Revoir dapat meng”upgrade” mutu rakaman mereka..
ok, untok mendapatkan cd ini anda boleh menghubungi Faithcraft Production melalui blog mereka iaitu http://faithcraftmobile.blogspot.com/
buy original, support local band kita ok!!!
m/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected