ArkhaytulMayt – Chant Of Archaic Tombs (EP 2014)

0

ArkhaytulMayt merupakan band yang berasal dari Shah Alam ini muncul sekitar 1998. Bermula dengan konsep Black/Melodic Metal, mereka telah menghasilkan sebuah demo tape bertajuk Evening Flight pada 1999. Diberitakan juga sebuah demo bertajuk Hell Hordes of Darkness (2002) turut dirakam namun seakan ianya tidak dikeluarkan. Kemudian ArkhaytulMayt menghilang agak lama mungkin kerana komitmen antara line up pada band masing2 (Demonical Crysis Assembly, Atomicdeath, Disgrace, ASARR), namun 2007 mereka telah memasuki studio untuk rakaman ini. Agak lama terperap sehingga penghujung 2014, kini Chant of Archaic Tombs telah berjaya dikeluarkan.

Zafeerun (Guitars), Gorgomieth (Guitars), Waxs (Vocals), Wannabe (Bass), Arkhaytul (Drums)
 Layout dan artwork oleh Radzi Warna Hitam Studio
Tracklist :
1 – Dead Mutation
2 – Tears From The Past
3 – Until You Death!
4 – The Secret Chant of Archaic Tombs

Chant Of Archaic Tombs melalui proses rakaman di Iseek Music Studio sekitar 2007. Proses rakaman, mix dan mastering dilakukan oleh Mokhtarizal. Walaupun rakaman telah dilakukan 2007, namun ianya baru sahaja dikeluarkan pada suku terakhir 2014. Beberapa part vocal growl dilakukan oleh Adib dari Sick Society.


Dead Mutation merupakan track pertama yang agak mengejutkan gua. Ini kerana sebelum ini, gua mengenali ArkhaytulMayt sebagai sebuah band Black/Melodic Metal, namun Dead Mutation adalah suatu perbezaan ketara. Kental, keras dan padat. Itu apa yang boleh gua katakan dari track ini. Death Metal yang cukup kuat walaupun ada sedikit bau2 Thrash metal namun peratusannya jelas menjurus kearah Death Metal.


Tears From The Past masih seperti apa yang dilakukan track pertama. Permainan pantas dan keras. Walaupun dari awal kedengaran gabungan Death dan Black (melalui riffing, ngauman vocal dan hentakan drum) track ini agak kental juga penangan Thrash Metal nya. Sebuah track yang bagus sebenarnya.


Until You Death! bermula seperti track kedua. Kedengaran sedikit Black/Death/Thrash Metal. Agak straight forward tanpa sebarang ruang ditinggalkan.Juga merupakan antara track menarik dari EP ini.


The Secret Chant of Archaic Tombs yang pada awalnya sudah tidak terkawal ditambah dengan gabungan heritan Wax serta growl jemputan iaitu Adib dari Sick Society. Konsisten dan cukup segala aspek untuk menjadikan ini sebuah track Death Metal yang bagus!

Secara keseluruhan gua agak berpuas hati dengan apa yang terkandung melalui EP ini. Perubahan ketara dari segi konsep barangkali yang mana EP ini lebih menghala ke arah Death Metal, sedikit Thrash dan adakala nya sudah menghampiri Brutal Death Metal. Tiada lagi melodic seperti apa yang dilakukan ketika demo dahulu. Pengalaman barangkali mematangkan apa yang mereka hasilkan ini.

Mutu rakaman adalah baek walaupon ianya tidaklah mencapai tahap meletup! Sebagai rakaman profesional yang berstatus EP, ianya adalah sesuatu yang membanggakan. Kena dengan konsep, cukup keras, tidak memerlukan sound bersih dan permainan instrument serta vocal yang bagus dari semua line up.

Untuk sebuah rilis yang tertunggak selama 7 tahun sebelum dipasarkan gua beranggapan sepaptutnya ArkhaytulMayt kini sudah bersedia dengan material baru dan gua juga berharap mereka akan tampil dengan sebuah album penuh kerana hasil ciptaan tahun 2007 ini sudah cukup kuat dan punya music yang matang.

Untuk urusan pembelian, Chant Of Archaic Tombs hanya dikeluarkan dalam format kaset dan terhad kepada 150 copies sahaja. Ianya boleh diperolehi dengan pembelian RM10 by hand dan RM15 by postage. Hubungi email yang disertakan dibawah untuk sebarang urusan serta kami sertakan link website lama mereka (gua rasa x update pun sebelum diornag berhenti sejenak sebelum ini) untuk mengenali ArkhyatulMayt.

Email
Email
Website (old)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected