VotW : Nightwish – Élan (Official Video)

0

Nightwish bakal melahirkan album terbaru bertajuk “Endless Forms Most Beautiful” pada 27/3/2015. Terdahulu sebuah single di keluarkan bersama video klip rasmi bertajuk Élan. Sebelum itu, ingin gua nyatakan album terbaru ini menampilkan vocalist baru iaitu Floor Jansen (pernah bersama After Forever, Vamp) yang jelas tidak mempunyai sebarang masalah untuk persembahan live (merujuk kepada beberapa video live Nightwish sekitar penghujung 2013 sehingga 2014 termasuk Wacken 2014). Juga ada penambahan line up iaitu Troy Donockley (Pipes, flutes & whistles). Info terakhir yang boleh gua bagitau disini, rakaman album terbaru ini tanpa Jukka Nevalainen yang tidak dapat memberi komitmen untuk sesi rakaman kerana masalah kesihatan. Rakaman track drum dilakukan oleh Kai Hahto (Wintersun).


Jika ada yang ingin mendapatkan CD pelbagai versi, vinyl atau merch, boleh lah klik link2 di bawah. Errr, ada harapan tak Nightwish turun Malaysia tahun ni? hehe..

Official Website
Facebook
Twitter
Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected