Aonarach merupakan unit Atmospheric Black Metal dari Scotland yang baru saja mengeluarkan album penuh pertama mereka yang berjudul ‘1’ melalui Northern Silence Productions dan Red Glen Productions pada 29 Januari 2021. ‘I’ menawarkan 4 trek yang panjang-panjang belaka yang menelan sehingga 32 minit untuk durasi keseluruhan.

Album sulung Aonarach ini menghidangkan Atmospheric Black Metal yang lebih harsh berbanding kebanyakan terbitan genre sebegini yang lebih menampilkan sound yang melancholic. ‘1’ sebaliknya lebih straight forward dengan tempo yang ribut namun masih mengekalkan approach Atmospheric BM terutamanya di bahagian keyboard. Ada trek dalam ‘1’ terasa seperti throwback Black Metal 90an  seperti Mayhem dengan frantic guitars and drumming bertubi-tubi diperhebatkan dengan jeritan terseksa meradak pendengaran. Ada trek lain pula terasa menjejak territory DSBM dengan soundscape yang pilu dan tempo yang merangkak.

Sebenarnya saya lebih menyukai trek terakhir Aonarach iaitu Solitude yang ditulis baik untuk menyampaikan rasa sepi, berbanding trek lain yang menggila jadi Black Metal yang jahat. Walaupun sebenarnya saya tiada masalah dengan trek 1-3 yang decently written, saya fikir macam eh familiar dan biasa sangat dengar, berlainan pulak dengan trek terakhir yang terasa sepi dan lirih. Saya tak fikir 1 trek saja cukup untuk selamatkan album ini namun saya fikir mungkin saya meletak expectation yang berbeza bila terbaca mereka bawakan Atmospheric Black Metal. Tapi saya mungkin salah, jadi anda perlu dengar sendiri!

1 kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Emperor, Burzum, Fortresse

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected