Amir Alif – Happy & Sad (Full Length, 2023]

0

Amir Alif merupakan artis independent Malaysia yang baharu saja mengeluarkan album penuh pertamanya berjudul ‘Happy & Sad’ pada Januari 2023. Happy & Sad diterbitkan sendiri oleh Amir Alif dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia.

Happy & Sad merupakan terbitan yang berkiblatkan Pop dengan traces Electronics antaranya. Right off the bat, Happy & Sad literally membawakan feel seperti tajuknya; kompilasi luahan perasaan gembira dan sedih merentasi perhubungan cinta, rakan-rakan dan hidup secara amnya.

Saya cukup menyukai feelnya yang seakan kawan baik yang meyakinkan pendengar all is well, wipe that tears and life goes on sekalipun asas album ini adalah luahan peribadi Amir Alif. 

Obviously Happy & Sad jauh berbeza dengan terbitan yang selalu saya dengar, tetapi immediately mengingatkan saya kepada Sleepthief dan Coury Palermo menerusi execution album ini yang floating between Pop yang guitar-based kepada Electronics dan sedikit sentuhan Gospel berlatarbelakangkan tema self empowerment dan curahan hati yang mengongoi sedih. Saya cukup menyukai feelnya yang seakan kawan baik yang meyakinkan pendengar all is well, wipe that tears and life goes on sekalipun asas album ini adalah luahan peribadi Amir Alif. 

Daripada opening Happy & Sad yang heavy dengan sentuhan Electronics kepada I Wanna Love You yang accoustic guitar and piano based berserta nyanyian latar yang kuat sekali pengaruh Gospel music hinggalah kepada Pop Melayu dalam Siapa Perlu Tahu yang mengingatkan saya kepada Naim Daniel, Happy & Sad is a pretty strong debut untuk Amir Alif dengan stail yang diverse (dalam lingkungan muzik Pop). Saya fikir Amir Alif mempunyai potensi untuk menempa nama ke pasaran mainstream (dan indie semestinya) dan eventually ke luar negara dengan lebih kerap menulis dan mengeluarkan output yang berbeza daripada kebiasaan. Saya rekomen untuk anda check out Amir Alif dan menyokongnya jika anda sukakan muzik sebegini.

Happy & Sad kini terdapat dalam format digital streaming.

FFO: Sleepthief, Coury Palermo, Yuna, Taylor Swift, Troye Sivan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected