Ade – Carthago Delenda Est (2016)

0
Ade pada gua antara band yang  perlu diberi perhatian untuk 2016. Berasal dari Italy, band yang memperjuangkan irama Death Metal dengan pengaruh Folk ini secara asasnya ditubuhkan pada 2007. Menghasilkan 2 buah EP dan 2 buah album dan terkini album ketiga bertajuk Carthago Delenda Est membuktikan Ade bukan calang2 band. Dengan tema peperangan di era Rome dan Greece, penghasilan album ketiga ini ternyata boleh membuatkan pendengar dan pendukung irama Death Metal sedikit terlopong dengan komposisi lagu2 yang mantap dari Ade.
Traianvs (Vocals), Fabivs (Guitars), Caligvla (Bass), Nero (Guitars), Commodvs (Drums)
Artwork oleh Luca Tarlazzi
Graphic design oleh Lumiè Pictures
Track list:
1. Carthago Delenda Est
2. Across the Wolf’s Blood
3. Annibalem
4. With Tooth and Nail
5. Dark Days of Rome
6. Scipio Indomitus Victor
7. Mare Nostrum
8. Zama: Where Tusks are Buried
9. Excidium
10. Sowing Salt
Carthago Delenda Est (2016) melalui proses rakaman di Overload Music Production bertempat di Rome, Italy oleh Riccardo Studer dan Alessio Soup. Secara amnya lirik untuk album ini berkisarkan Punic War untuk memegang pemerintahan di Mediterranean yang melibatkan Rome dan Carthage sekitar 264 sehingga 146 sebelum Masihi.

Carthago Delenda Est mungkin boleh dipilih sebagai antara release terbaek 2016. Music yang padat, idea yang hampir2 punya originality tersendiri (konsep dan music direction) namun sudah punya trademark tersendiri, permainan instruments yang kemas, sound yang berat dan untuk part2 yang laju ternyata Ade bermatian mengejar kelajuan. Gua andaikan music Ade boleh dibayangkan jika anda mendengar Behemoth, Rudra dan 2 band yang punya pengaruh arabic iaitu Nile dan Scarab.

Sound produksi untuk album ini sangat bombastik! Mixing yang cantek dan hebat walaupun rata2 mengejar kelajuan pada tempo tinggi terutama riffing dan drumming yang menggila babi.

Jika ditanya track pilihan, gua boleh kata hampir kesemuanya tetapi 4 track terawal paling melekat dengan telinga gua.

Terima kasih kepada Transcending Obscurity (webzine, record label and PR company) yang memperkenalkan kepada kami band ini dan juga label rasmi mereka iaitu Xtreem Music. Kepada penggemar Nile, Scarab dan band2 Death Metal dengan music yang padat, Carthago Delenda Est (2016) adalah satu kemestian. Ini antara produk kental dan padat untuk 2016!

Kenali Ade melalui laman sesawang yang disediakan dibawah dan untuk urusan pembelian sila berhubung dengan Transcending Obscurity Records juga melalui link yang kami sediakan dibawah.

Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Official Website
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected