Svart – Namnlös Och Bortglömd (2010)
Barangkali lu orang familiar dengan apa tu Black Metal, tak kira la lu orang dapat definisi tu dari wikipedia ke, Harian Metro ke, Mastika ke takpun dari mak lu orang ke kan. Tipikal characteristics Black Metal seperti yang lu orang tau adalah seperti bunyi gitar yang buzzing, sound overall yang mendap, bass tak kedengaran, vokal shrieking, mutu produksi yang rendah dan sebagainya. Dari segi imej pulak macam biasa ah ada Corpse Paint, spikes mencacak sana sini, kalau bergambar mesti nak pose ganas dan bersenjata dan sebagainya. Dari segi tema dan lirik macam sentiasa digembar-gembur oleh Mastika dan Harian Metro (lol!), banyak berkisar kepada satanism, anti-ketuhanan, individuality, misathropic, dan banyak lagi sebenarnya. Tapi depressive black metal cemana pulak? Lupakan apa yang gua tulis tadi. Depressive black metal lebih kepada pergolakan dan tekanan perasaan hence the name Depressive Black Metal. Bila dengar bole invoke rasa despair dan sadness. Well, either you love it or hate it. Rata-rata yang gua baca di Internet bersetuju menyatakan Burzum adalah pelopor atau at least pave way kepada kewujudan Depressive Black Metal. Kebanyakan band yang main genre sebegini banyak mengambil style Burzum, dari segi sound dan mutu produksi terutamanya. Depressive Black Metal takde ah laju pun tempo muziknya. Boleh dikatakan takde la selembab Doom takde la selaju well..err seperti Black Metal standard. Kebanyakan band sebegini lebih kepada projek individual, maka kualiti recording selalunya terabai. Antara band-band Depressive Black Metal yang pernah gua dengar adalah seperti Happy Days, I Shalt Become dan banyak lagi. Menariknya mereka ni selalunya adalah one man band.
Baiklah gua malas nak bebel lagi, kita terus ke review Svart. EP yang release pada tahun ini bertajuk Namnlös och Bortglömd atau dalam Inggerisnya berjudul Nameless and Forgotten (see?gila depressive tajuk dia!-ed). EP 3 lagu ni sepatutnya dikeluarkan sebahagian split album dengan Happy Days pada tahun 2008 tapi malangnya terbengkalai lantas dikeluarkan sebagai stand alone EP pada tahun ni. Gua dah dengar version split dengan version EP, takde beza sangat cuma mungkin sedikit touch up pada mixing rasanya. Berikut adalah senarai trek:
Den Sista Droppen Utav Liv (The Last Drops of Life)
Namnlös Och Bortglömd (Nameless and Forgotten)
Peh tajuk lagu je dah bikin hati sayu lol. Dirilis pada Mac 2010 oleh Frostscald Records, Draug adalah the mainman untuk hampir kesemua instruments dan vokal. Ketiga-tiga trek yang dihidangkan memang panjang-panjang dan melampaui 5 minit serta dragging dengan mood yang sombre. Trek terakhir adalah instrumental dengan hanya diwarnai dengan piano sahaja. Depressive siot 🙁 Rasa macam masuk rumah orang gila pun ada.
Sekalipun Svart tidaklah bermain Black Metal yang laju namun terdapat part-part lagu yang dihiasi dengan dentuman twin pedal yang sesedap perisa. Ini menarik dan tak menjadikan penghayatan lagu lemau. Bunyi gitar memang tajam dan keras tapi tak ah menenggelamkan vokal dan instrument lain. Gua suka bunyi drum dalam EP ni,semuanya jelas dan tak mendap. Vokal pulak macam standard untuk Depressive Black Metal; semi-wailing dan shrieking, tapi takde la ke tahap ridiculous macam Happy Days yang wooo wooo wooo (sapa dengar HD tau la camne diorang punya vocal style-ed) tu lol. Keyboard ada membuat penampilan di beberapa tempat, sekadar untuk menambahkan nilai atmosferik dan ambient, dan i a agak berjaya lah. Malang sekali sekali gua takde lak jumpa lak translation untuk lirik EP ni jadi gua agak clueless gak ah nak memahami apa sebenarnya penyampaian si Draug ni. Lepas gua dengar EP ni, gua macam ada rasa emptiness dalam diri. Barangkali terkesan dengan trak terakhir yang memang berunsur hiba dan sangat tertekan. Good Job, Draug. Tapi suka gua nak ingatkan, riffing guitar dalam EP ni banyak berulang-ulang jadi kemungkinan lu orang akan jadi lemau dan bosan. Tapi tak bagi gua sebab ia macam a slow progression dan slowly building untuk menaikkan mood depressive. Kena ah tu kan?
Pros:
– Boleh terasa ah aura depressive yang dibawa. Tak seperti kebanyakan band depressive lain yang gua dengar kadang-kadangnya seperti half-baked punya effort, Svart tidak mencacatkan listening experience.
-Excellent piano work di trek terakhir.
Cons:
-Riffing guitar yang berulang boleh menjadi turn off factor buat sesetengah pendengar.
Rating: 7/10
Svart boleh dihubungi di sini dan di sini.
Kredit: