Grave Dancers – Morbid Nation (2010)

5

Kali ini kami di Dissecting The Euphony menampilkan sebuah band dari Indonesia. Band tersebut ialah Grave Dancers. Berasal dari jakarta Indonesia, band ini merupakan band yg berpaksi irama Punk Thrash Metal atau lebih tepat gua katakan sebagai Crossover!!! Terlebih dahulu biarlah gua perkenalkan dahulu line up band ini.

Murphy Boy : Vocals
Demon : Guitars
Martyr : Guitars
Djabarantas : Bass
KC : Drums
Grave Dancers terlebih dahulu meriliskan sebuah demo pada 2007 dan demo tersebut juga bertajuk ” Demo tape 2007″

Namun begitu Grave Dancers baru sahaja meriliskan sebuah album penuh pada tahun ini bertajuk Morbid Nation. Album ini telah diterbitkan oleh beberapa buah label seperti Revulsion Records (Malaysia), Suhatkor Records, Firstnote Records, Trueside Records, Gu’ide Stuff dan Alternative Assault Records.

Cover artwork oleh Denta Tok
Tracklist :
01 – Dystopia
02 – Dunia Dalam Neraka
03 – Morbid Nation
04 – Arogansi Biadab Para Penjahat Perang
05 – Ideologi Penyembah Tobat
06 – Head Bang Mosh Stage Dive and Circle Pit
07 – Ribuan Terror
08 – Maut
09 – Kulturisasi Basa Basi
10 – Kebiadaban Paradigma Kekuasaan
11 – Pedansa Kuburan
Ok, berbalik kepada band ini, jika anda penggemar Municipal Waste, pasti anda dapat bayangkan bagaimana arah music Grave Dancers. Dengan sound, groove serta lirik memberontak, ketidakpuasan hati, pada gua Grave Dancers seakan jelmaan Municipal Waste versi Asia (mungkin cara nyanyian dari Murphy Boy berlainan dari Municipal Waste). haha! Music mereka agak straight forward dan kombinasi thrash punk sangat jelas kedengaran didalam setiap lagu didalam album ini.
Showmanship Grave Dancers diatas pentas.
Jika diamati album Morbid Nation ini produksinya amat bagus sekali. Ini boleh dibuktikan melalui sound rakaman yang mencapai tahap sebenar sebuah profesional album. Kesemua instrument dapat didengar dengan jelas. Susunan musicnya juga menarik walaupun rata2 majoriti lagu2 nya hanya sekitar 1 minit ke 2 minit. Hanya track ke 6 iaitu “Head Bang Mosh Stage Dive and Circle Pit” mencapai durasi 3:03. Lagu ini merupakan lagu pilihan gua dan pada gua lagu ini mampu menggegarkan moshpit!!! yeahh!!!
Lirik2 untuk album ini pula lebih kepada semangat memberontak dan ketidakpuasan hati selari dengan gaya music dan konsep yang dibawa mereka. Sekali lagi gua ulangi track bertajuk “Head Bang Mosh Stage Dive and Circle Pit” merupakan sebuah masterpiece terbaek dari Grave Dancers. Susunan dan lirik yang sangat bersesuaian dan bertepatan dengan mood lagu ini.
Grave Dancers boleh dicapai melalui :
Jika anda dari Malaysia, album ini boleh didapati melalui Revulsion Records hanya dengan harga RM10/RM12 ppd. Anda pasti berpuas hati!!!

5 thoughts on “Grave Dancers – Morbid Nation (2010)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected