Kali ini gua tulis agak panjang lebar. Kerana music mereka bagus dan mungkin juga antara hasil terbaik dari Asia Tenggara. Ok, boleh gua berceloteh sekarang?
Ini bukan sebarangan band. Mereka membawa music Progressive Metal. Genre music yang memerlukan skill yang tinggi atau lebih tepat dikatakan sejenis genre yang sukar untuk dimainkan. Ballerina, band yang berasal dari Bandung, Indonesia ini ditubuhkan pada 1998 dengan nama “Suhunan Root”. Walaupun bermula dengan music komersil indie sehingga terbitnya album pertama bertajuk “Hayal” pada 2003, namun kemunculan album kedua bertajuk “Dance Of Ballet” benar-benar membuka mata pendengar kerana perubahan konsep yang sangat ketara kerana pemilihn genre Progressive Metal menjadi direction utama music mereka sehingga sekarang.
Ballerina dianggotai oleh :
Opi (Vocal)
Nico (Guitars)
Ghani (Bass) – merupakan bassist asal yang menggantikan Boyke.
Riky (Drum & Percussion)
Cover artwork oleh Apenk
Tracklist :
1 – Dance Of Ballet
2 – Final Breath
3 – Desert Of Hypocrite
4 – Desolation
5 – Lost
6 – Abadi
7 – Lepas
8 – Faith
9 – Antara Jiwa
10 – Rock n Roll Saja Lah.. (Bonus Track)
Dance Of Ballet rilis pada 2007. Producer bagi album ini ialah Nico Sugiharto manakala Andy Julias bertindak selaku executive producer. Flange Music Corner bandung menjadi studio rakaman kesemua track. Proses mixing dilakukan oleh Nico Sugiharto manakala mastering dilakukan oleh Imran,St Sati di Sound Station. Album ini dikeluarkan oleh PRS Record dan untuk pasaran yang lebih global Ballerina telah mendapat kerjasama dari sebuah label besar iaitu SONY BMG Music Entertainment.
Rata2 lagu didalam album bertajuk Dance Of Ballet ini berdurasi 3-4 minit namun track pertama dan ke 9 merupakan track yang berdurasi panjang iaitu 14 minit 57 saat untuk track permulaan berbentuk instrumental merangkap tajuk album ini iaitu Dance Of Ballet, manakala track ke 9 iaitu Antara Jiwa berdurasi 12 minit 7 saat.
Track pertama berjudul Dance Of Ballet yang merupakan sebuah instrumental adalah sangat bersesuaian sebagai lagu pembukaan dimana ia sekaligus menunjukkan perubahan ketara direction musical mereka ke arah Progressive Metal. Sebuah track yang mencabar dan memerlukan skill yang tinggi. Beberapa rentak offbeat boleh di dengr melalui track pertama ini. Juga sedikit bau jazz diselitkan walaupun tidak terlalu ketara. Pengaruh Dream Theater, Lemur Voice mungkin dapat dikesan untuk track ini. Kesemua instrument memainkan peranan yang penting dan keseragaman dalam tempo yang berbeza2 membuktikan band ini bukan sebarangan band. Solo2 yang berjiwa turut dapat didengari melalui track ini. Ekplorasi keatas efek2 guitar turut kedengaran terutama pada bahagian2 solo. Wow terlalu banyak perlu diperkatakan berkenaan track ini. Memadailah ianya merupakan track terpanjang iaitu 14 minit 57 saat. Sebuah track yang indah!
Final Breath merupakan lagu bervocal pertama untuk album ini. Bermula dengan riffing dan mood yang lebih terarah kepada album “Six Degrees Of Inner Turbulence” track ini kedengaran agak heavy namun mood yang berubah-ubah menjadikan track ini seakan punya jalan cerita yang pelbagai. Vocal dan nyanyian Opi (legenda dari band Jamrud) sesuai sekali dengan music sebegini. pembawaan vocal yang baik dalam menggayakan struktur dan melodi didalam track ini. Emm mungkin juga boleh dikatakan berbau James Labrie.
Desert Of Hypocrite juga merupakan sebuah track heavy dan kali ini kemampuan vocal dari Opi diperdendangkan dengan baik sekali. Walaupun ketika bahagian2 perlahan namun gaya serta lenggok nyanyian Opi benar2 memukau. Beberapa struktur arrangement yang berbentuk offbeat tersedia diperdendangkan oleh ballerina untuk track ini. Juga sebuah track yang hebat.
Desolation masih membawa mood seperti 3 lagu terawal. Permainan teknikal, nyanyian berkualiti dan struktur lagu yang menarik benar2 memukau. Namun lagu ini kedengaran benar2 seakan lagu Dream Theater. hahaha.. Solo arpeggio yang mudah dimainkan namun keserasian bersama riffing latar membuatkan track ini punya keistimewaan tersendiri. Lagu yang mengingatkan gua pada album Scene Of A Memories dari Dream Theater. (Haha.. Dream Theater lagi..)
Jika track ke4 mengingatkan gua pada album SOAM, tetapi track ke5 bertajuk Lost ini seakan mengingatkan gua pada Images And Words dan Falling Into Infinity. Sebuah track yang berjiwa. Punya mood yang bertukar-tukar dari heavy kepada mood yang perlahan. Kredit kepada Opi yang berjaya menjiwai dan menghidupkan lagi lagu ini.
Abadi merupakan track pertama yang menggunakan bahasa ibunda mereka. Mungkin agak sedikit janggal apabila mereka berani menggunakan lirik sebegini, namun susunan music yang terbaik dapat menenggelamkan sedikit kejanggalan dari segi diction atau sebuatan nyanyian. Melodi vocal juga kedengaran sedikit tipikal seperti yang biasa didengar dari band2 dari Indonesia. namun dari segi musical, ballerina tetap hebat!
Track berbahasa ibunda bertajuk Lepas mungkin dapat lari dari kejanggalan diction atau sebutan. Mungkin melodi vocal track ini menyelamatkan keadaan serta sekali lagi susunan music yang pelbagai menjadikan track ini kuat. Solo yang menonjol dari Nico untuk track ini menyebabkan gua lali seketika. Hahaha.. Riffing menarik, odd signature serta drum stroke pelbagai dari Riky menambah keistimewaan lagu ini.
Faith kembali kepada penggunaan bahasa inggeris. Track yang masih punyai mood yang sama seperti lagu2 sebelum. Chorus dengan lenggok nyanyian bersahaja oleh Opi serta riffing yang mencabar, solo yang laju, drum stroke yang kurang menggunakan formasi 4X4 serta dilatari rhytm gitar yang sekata memnyaksikan track ini bukan calang-calang track untuk dimainkan.
Antara Jiwa bermula seakan sebuah lagu ballad dengan plucking gitar disusuli bunyi latar keyboard. Kemasukan solo piano mengakhiri permulaan ballad lantas serangan dalam tempo laju menjelma. Kedengaran penggunaan twin padel dalam kadar laju sebelum riffing dan solo mengimbangi track ini. Sekali lagi kepelbagaian bentuk music diterapkan kedalam track ini. Sebuah track instrumental yang punya pengaruh Dream Theater yang sangat pekat. Mungkin solo-solo oleh Nico agak membezakan gaya permainannya dengan John Petrucci. Juga diselitkan riffing2 seakan music kartun didalam track ini. Sebuah track yang mengasyikkan dan musicnya yang boleh ditafsirkan dengan berbagai suasana. Track kedua terhebat selepas track pertama Dance Of Ballet.
Rock n Roll Saja Lah.. merupakan sebuah bonus track untuk album ini. Juga sebuah track yang menggunakan bahasa ibunda. Riffing agak mencabar untuk verse pertama. Namun sedikit janggal pada pembawan vocal dengan sebutan berbahasa ibunda ini. Gua berimaginasi sejenak dengan membayangkan vocalist band ini menyanyikan dalam bahasa inggeris mungkin dapat menghidupkan lagi lagu ini. Susunan music masih progressive yang mantap di selangi seketika mood perlahan. Juga menonjolkan teknik slapping dari bassist band ini sebelum solo berapi mengkucar kacirkan trck ini. Sebuah lagu yang agak moderate walaupun progression musicnya masih seperti lagu2 di track2 sebelumnya.
Keseluruhan album ini pada gua adalah antara masterpiece terbaik dari Ballerina untuk dunia Progressive Metal. Suatu music yang segar dan indah lahir dari rantau Asia Tenggara. Kesemua track memiliki keistimewaan tersendiri dari segi komposisi lagu, melodi vocal serta permainan instrument yang memerlukan kemahiran dan skill yang tinggi. Terfikir juga gua bagaimana mereka mencipta lagu2 sebegini (sebelum ni gua ada la tgk Dream Theater bikin lagu dlm video diorang..) dan apabila sahaja mendengar track2 dari Ballerina mengingatkan gua pada sebuah band beraliran sama dari utara tanahair iaitu Heart’s On Fire yang mungkin juga sudah berkubur setelah ahli2 nya menubuhkan Inersia X, Reaching Horizon serta ada yang memulakan projek solo. Sesekali teringat juga Chosen (senyap setelah merakam album kedua) yang gua harapkan antara band beraliran sama tetapi agak sedikit keras dibahagian vocal yang boleh menggegarkan dengan kemunculan album kedua yang seakan tidak rilis.
Ballerina – Faith
Ballerina – Dance Of Ballet (Live Part I)
Ballerina – Dance Of Ballet (Live Part II)
Ok, untuk mengenali Ballerina, kami pihak DtE menyediakan link2 dibawah ini untuk anda hubungi, berkongsi idea music atau apa2 sahaja (mungkin invite diorang buat show kt Malaysia barangkali)..