Hidden Silence – Into The Childs Nightmare (2011)
Hidden Silence merupakan sebuah band yang berpengkalan di kota bersejarah Melaka. Baru sahaja meriliskan sebuah album terbaru berjudul Into Childs Nightmare. Terlebih dahulu ada baiknya di nyatakan dahulu discography Hidden Silence sejak kewujudan mereka dimana demo pertama mereka yang pada asalnya tidak bervocal dihasilkan di 2 tempat berasingan iaitu di Johor Baharu dan Shah Alam Selangor. Kemudian pada 2008 Hidden Silence tiba2 muncul dengan sebuah album bertajuk Black Hearted Spiritual dimana kali ini Hidden Silence mendapat bantuan dari seorang rakan dari Shah Alam iaitu Deadzid di posisi vocal.
Untuk 2011, Hidden Silence muncul sekali lagi dengan album terbaru bertajuk Into The Childs Nightmare yang mengandungi 6 buah lagu yang menyaksikan ketiadaan Deadzid namun sumbangan Deadzid untuk rakaman kali ini turut terpahat apabila beberapa track dicipta oleh beliau dan di olah dengan nafas baru untuk versi Hidden Silence.
Into The Childs Nightmare dirakam di Silversound Studio Melaka pada Julai 2011. Sound engineer untuk album ini dilakukan sendiri oleh Earth (drummer Hidden Silence) yang juga bertindak sebagai vocalist untuk rakaman kali ini.
Into The Childs Nightmare merupakan track pembukaan dimana intro bunyian dodoian bayi bersama suaranya membuka sinopsis title track untuk album ini. Riffing yang kedengaran punya pengaruh Dimmu Borgir serta Old Man’s Child. Pembawaan suara yang agak kejam dari vocalist membuatkan track ini agak beremosi. Bahagian chorus dan solo yang menarik juga menambah kekuatan lagu ini.
Track kedua bertajuk I See The Dead antara track yang punya bahagian chorus yang bermelodi pada bahagian gitar. Merupakan sebuah track ciptaan Deadzid (actually gua penah dengar lagu2 hasil dr Deadzid yg dulunya bermula agak ke”Inflames”an) dan walaupun bermula dengan irama trademark Hidden Silence (jika anda pernah mendengar album pertama mereka pasti anda akan terasa riffing2 sebegini menjadi trademark Hidden Silence) namun seperti dinyatakan diatas riffing bermelodi pada chorus lagu ini benar2 menangkap di minda bila di dengar. Sebuah track yang punya susunan chord yang simple namun catchy terutama pada bahagian melodi2 nya. I See The Dead lebih berbau Melodic Death Metal yang sedikit ringan.
Guts & Gore menjadi track ketiga juga merupakan ciptaan Deadzid namun disusun semula oleh Earth. Permulaan lagu yang di sambut dengan solo gitar sebelum verse pertama bersama vocal garang menyerang. Chorus lagu yang disertakan feel in guitar solo menjadikan ianya menarik didengar. Vocal untuk track ini kedengaran berbau Dimmu Borgir.
Track keempat bertajuk Forever My Daughter merupakan sebuah instrumental yang pada gua sebuah track yang solid dan menenangkan. Bermula dengan bunyian keyboard, susunan lagu yang boleh di tafsirkan dalam berbagai suasana. Suram, sedih dan menenangkan. Petikan akustik gitar juga membuatkan pendengar sedikit rilek. Antara kekuatan band2 metal yang perlu dikagumi apabila mereka menghasilkan lagu2 perlahan (tanpa distortion) pasti akan kedengaran begitu menyayat hati.
A Path In The Shadow bermula dengan strumming gitar sebelum serangan twin padel bersama riffing yang sekali lagi berbau Dimmu Borgir (lama) serta Old Man’s Child boleh dihidu. Sebuah lagu yang agak mendatar pada bahagian verse dan diselangi dengan riffing yang berbau Dimmu Borgir. Pada pertengahan lagu sebuah riffing menarik di mainkan yang beremosi seakan semangat untuk berperang namun ia ditamatkan dengan plucking guitar sebelum disusuli kembali dengan riffing asal untuk verse.
Track terakhir bertajuk Wrath Of God merupakan sebuah lagu fast yang benar2 mampu menggoyangkan kepala anda. Ketukan drum yang benar2 bersemangat bersesuai menaikkan semangat apabila lagu ini bermula. Verse berlatarkan riffing yang menarik di setiap sudut lagu. Sebuah lagu yang catchy. Kredit kepada semua line up terlibat dalam menghasilkan lagu yang fast sebegini. Wrath Of God merupakan track penutup yang cukup ribut!!!!
Ok, keseluruhan album ini boleh dirumuskan sebagai sebuah album yang punya konsep Melodic Death metal yang tidak melampau. Ditambah perisa riffing2 berbau Dimmu Borgir dan Old Man Childs (jelas sekali pengaruh Galder..hehe) dan sedikit bunyian keyboard (juga tidak melampau dan hanya pada bahagian2 tertentu sahaja) menaikkan suasana sedikit Atmospheric Metal pada setiap lagu2 Hidden Silence.
Sound produksi Into The Childs Nightmare mungkin boleh dipertingkatkan lagu. Kedengaran gitar seperti hanya menggunakan 1 track sahaja (gua dapat dengar beberapa layer gitar terdapat dalam setiap track) dan mungkin untuk rilisan masa hadapan Hidden Silence perlu memperbaiki lagi mutu produsi bunyi. Mungkin jika dua track guitar atau lebih digunakan untuk bunyi stereo lebih menarik hasil bunyi yang akan dikeluarkan.
Pada anda membaca review ini, jika anda terasa ingin mencuba bunyi Dimmu Borgir acuan Malaysia, disarankan Into The Childs Nightmare menjadi antara santapan gegendang telinga anda.
Hidden Silence boleh dihubungi melalui link2 yang kami sertakan di bawah video mereka ini.