Nuclear Strikes – Megastorm Eyes (EP 2011)

2
Mereka sepatutnya muncul dikala irama sebegini melalui zaman gemilangnya sekitar 80-90an dahulu. Haha itulah yang layak dikatakan pada sebuah band berseluar merah ini yang juga lahir dari bandar Kajang yang memang terkenal dengan semangat old skool heavy metalnya. Nuclear Strikes yang terbina dari cetusan idea beberapa line up Antacid (juga wira thrash metal dari Kajang) yang bermula sekitar 2005. Nuclear Strikes turut memeriahkan gig2 heavy metal dan rock tempatan seperti Fenomena Rock dan sebagainya. Pada 2011, Nuclear Strikes telah berkampung di studio untuk penghasilan EP pertama mereka bertajuk Megastorm Eyes yang rilis pada 1/10/2011 ketika berlangsungnya konsert Monster of Metal (petang hari sebelum Konsert 2 raksasa Blues Gang dan Sweet Charity berlangsung).

 Nuclear Strikes
Steelgirl Ladyana (Vocal), Rex Strikes (Guitars), 1,2 Kill (Guitars),
Thunderbolt (Bass), Iron Speed (Drums)

Design dan Cover Illustrasi oleh :
Thunderbolt, Radzi DCA dan Warna Hitam Artwork.
Tracklist :

1 – Megastorm Eyes
2 – Last Savior
3 – Memoir of a Friend
4 – Red Soldier
5 – Terminal Danger
6 – Memori Hidup

Megastorm Eyes di terbitkan oleh Jun-Jun, manakala executive producer ialah Angel Studio manakala manager mereka DrDeck turut terlibat merangkap sebagai c/o producer untuk EP ini. Angel Studio menjadi medan rakaman EP ini dimana mereka menggunakan khidmat Mr Thana (Metalian – ni band rock lama ni..) manakala rakaman untuk track drum dilakukan di Sinar Studio milik Mus MAY. Proses adunan dilakukan oleh Mr Henry Teh dan Mr Thana manakala Mr Henry the sekali lagi bertindak untuk proses mastering EP ini. EP ini dikeluarkan oleh Angel Studio dan Madratts Productions.

Ok, track pertama bertajuk Megastorm Eyes membuka sesi perkenalan apabila permulaan lagu terdapat sentuhan sedikit berbau “marching” sebelum harmoni gitar mengalunkan irama sebelum Ladyana memulakan nyanyian. Ok, persepsi pertama gua bila mendengar track ini ialah sound gitar yang agak kotor (jangan harap bunyi berat melampau mcm band2 metal modern ya..) dan sememangnya sound sebegini boleh didengar dari band2 rock heavy metal lama seperti Teras (gua paling tangkap sound Teras jek..hehe). Ok, track berdurasi 6 minit 48 saat ini agak laju dan melebihi tahap rock (memang heavy metal lah senang cakap) serta boleh dikatakan pembuka semangat untuk anda menghentak kaki mengikut alunan melodi serta chorusnya. Ya tidak lupa solo gitar yang berlawan kiri dan kanan. Satu trademark heavy metal!

Last Savior yang menjadi track kedua muncul pernah anda lihat melalui youtube dimana rakaman persembahan lagu ini dilakukan di pusat pengajian swasta Lim Kok Wing (boleh tengok kat video gua letak atas perenggan ni). Sebuah track yang agak santai sentuhan heavy rock nya. Dengan pembukaan dwi solo harmoni membuatkan track ini kedengaran agak dalam mood moderate. Sebuah track yang lazat pada bahagian solo gitarnya. 

Memoir of a Friend merupakan sebuah track yang agak mendayu namun tidak terlalu ballad dan meleleh. Sesuai dengan rilisan2 terdahulu (era rock 80-90an) pasti akan diselitkan satu atau dua track bermood perlahan. Untuk lebih terang, mungkin senang gua kata kalau lu orang dengan lagu Hammerfall tajuk Glory To The Brave mungkin lu orang faham camana rentak lagu ini. Cuma bezanya lagu ni vocal nya wanita. Hahaha.

Red Soldier seakan sebuah lagu yang menjadi anthem kepada mereka selaku penggerak music heavy metal old skool sebegini. Jeritan mahal dari ladyana pada permulaan lagu menambah semangat lagu ini. Track ini kedengaran agak catchy pada melodi vocal serta riffing verse nya. Juga merupakan sebuah track yang kedengaran agak moderate dan tidak terlalu laju. Solo gitar? Haha xperlu cakap, memang berbisa dan penuh aura heavy metal.

Terminal Danger merupakan track berbahasa Inggeris terakhir didalam EP ini. Ok, bagi gua riffing track ini berbau band2 rock lama seperti Deep Purple, Led Zeppelin dan seangkatannya, namun tidak terkecuali jika gua katakana pengaruh Motorhead (tolak lagu2 laju macam Whiplash tu ok) namun melodi2 yang dihasilkan membuatkan heavy metal garapan Nuclear Strike kedengaran lebih solid dan kemas. Sekali lagi solo gitar perlu diperhatikan. Menarik!

Merupakan bonus track iaitu track bertajuk Memori Hidup merupakan lagu berlirik Bahasa Melayu. Gua agak terkeliru sebenarnya namun bila dengar semula baru gua sedar Memori Hidup menggunakan latar music dari track ketiga iaitu Memoir of a Friend. Ok, bagi gua ini percubaan yang baek dari Nuclear Strike dan kredit juga kepada Ladyana kerana berjaya membawa lagu ini dengan baek dalam bahasa ibunda.

Keseluruhan album ini sememangnya suatu yang sukar diduga kerana proses rakaman (ni gua chat sendiri dengan manager diorg dlm internet) Megastorm Eyes menggunakan kaedah analog. Rakaman analog merupakan kaedah yang digunakan oleh band2 lama sebelum muncul kepelbagaian perisian dan kaedah berbentuk digital didalam arena rakaman di dunia kini. Kaedah rakaman analog mungkin dipilih oleh Nuclear Strike untuk mendapatkan sound lama sebagaimana dihasilkan band2 rock heavy metal suatu ketika dahulu. Ya mereka Berjaya dalam percubaan ini. Dengan sound gitar yang berbau warm serta sound drum yang benar2 organik (trigger2 tolak tepi).

Ok, Megastorm Eyes boleh didapati dengan harga RM25 by hand dan RM30 by post. Untuk sebarang pembelian kami pihak DtE menyediakan link untuk berurusan secara terus dengan manager mereka DrDeck melalui lawan social facebook beliau. Juga jangan lupa kunjungi laman facebook dan myspace Nuclear Strike untuk maklumat terkini dibawah video live terbaru mereka dibawah ini. Heavy Metal Rules!!! m/

Nuclear Strike – Fire at Will (lagu ni xde dalam EP Megastorm Eyes)
Live at Monsters of Metal 2011

Manager Nuclear Strikes – DrDeck
Myspace Nuclear Strikes
Facebook Nuclear Strike

2 thoughts on “Nuclear Strikes – Megastorm Eyes (EP 2011)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected