Osman Tikos – Dare To Rise (EP 2011)

0

Dare To Rise merupakan sebuah EP yang dihasilkan oleh sebuah band yang berpengkalan di Bangi, Selangor iaitu sebuah band yang menggunakan nama yang agak unik iaitu Osman Tikos. Sebelum ini mereka pernah menghasilkan beberapa split serta demo bertajuk “Karma” pada 2009. Sebelum kelahiran EP ini mereka juga turut menghasilkan sebuah split CD bersama sebuah band bernama Distrust iaitu pada 2010. Music garapan tiga pemuda iaitu Borhan (Guitar), Ahmad Izani (Bass/Vocal) dan Yusth (Drum/Vocal) ini boleh dikatogerikan diantara crusty, core dan grind.

Osman Tikos

Layout oleh SS

Tracklist :
1 – Eternal Patriarchy
2 – Envitable Desolation
3 – Dare To Rise
4 – Religion Demise

Dare To Rise menjalani sesi rakamannya pada February 2010 bertempat di ISeekMusic Studio milik Mokhtar (ex-SCTS). Proses mixing dan mastering turut dilakukan distudio ini. Dare To Rise dirilis oleh label mereka sendiri iaitu Bullwhip Records.

Eternal Patriarchy memulakan sesi pengenalan dengan permulaan hentaman tom2 drum sebelum music menyerang. Kedengaran riffing2 biasa yang boleh didengari pada band2 crusty namun drumnya agak lebih berat, laju dan lebih kental. Mungkin sedikit berberat penambahan beratnya dikala vocal menyanyikan bahagiannya dimana penggunaan nyanyian growl dipersembahkan. Kedengaran agak sedikit metal dan grindcore.

Envitable Desolation bermula dengan riffing yang agak “layan kepala”, riffing yang berat dan meleret2 sebelum kelajuan maksima menghujani rentak2 beat drum yang kental. Gauman growl dari vocalist juga tidak member sebarang ruang didalam track ini. Kedengaran seakan sebuah lagu yang langsung tidak punya belas kasihan.

Dare To Rise tanpa intro yang panjang2, terus menyerang riffing, hentaman drum serta growl yang mendadak. Track yang kedengaran lebih perasa metalnya. Tidak ketinggalan jika dikatakan track ini turut berbau hardcore. Menariknya terdapat solo gitar untuk track ini. Dare To Rise boleh diklasifikasikan track paling kejam dan berat. Sesuai dengan riffing, drum groove serta penyampaian vocal yang kental. Solo terakhir menjadi penamat untuk track ini.

Religion Demise juga sebuah fast track yang menarik. Kedengaran drummer band ini memainkan beat2 yang agak sukar. Juga sebuah track yang agak kental. Track yang menampakkan penggunaan twin padel pada bahagian drum. Sebuah track yang punya elemen metal dan hardcore yang kental.

Keseluruhannya pada gua, Dare To Rise merupakan sebuah EP yang membawa genre yang rata2 hasil produksinya agak sederhana namun Osman Tikos seakan punya matlamat yang bagus dimana pada gua penghasilan bunyi rakaman Dare To Rise ini berada pada tahap terbaek jika dibandingkan dengan produk2 genre sealiran mereka. Dari segi permainan instrument kredit patut diberi kepada setiap line up kerana pertama Berjaya menghasilkan music berkualiti kerana punya sedikit elemen teknikal dalam permainan mereka. Keduanya gua patut member kredit tertinggi kepada drummer band ini kerana kepelbagaian stroke yang dihasilkan olehnya. Pelbagai elemen dapat didengar dalam setiap track yang terakam seperti d-beat, grindcore, hardcore dan metal.

Untuk mendapatkan EP ini, ianya diterbitkan didalam 2 format iaitu kaset dan CD-R. Sebuah produk yang menarik untuk dimiliki. Osman Tikos bukan sebarangan band (serius gua cakap). Memiliki music yang kompleks dan sedikit teknikal dan EP ini berjaya dari segi penghasilan konsepnya.

Osman Tikos boleh dihubungi melalui :
osmantikos@yahoo.com
www.myspace.com/osmantikos

atau email kepada label mereka sendiri iaitu :
bullwhiprecs@yahoo.com

atau melayari blog mereka :
bullwhiprecs.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected