All These While – Insulters Of God

0

Kali ni DtE kembali dengan sebuah rilisan yang agak gelap walaupon bukan lah dari kategori Black Metal (kang mesti abu Kemeyan bising2 ni..haha). Band ini diperkenalkan oleh seorang kawan gua semasa gua kena outstation di Shah Alam 2-3 bulan lepas.. Dan ketika gua belek2 cover sleeve album ni, gua rasa gua perlu dapatkan album ni, lantas beberapa tokey label di kontek untuk dapatkan album ini. Okey setelah lebih kurang sebulan menjadi santapan telinga rasanya dah tiba masa gua cerita pasal band ini iaitu All These While… beserta rilisan bertajuk Insulters Of God.

All These While… dianggotai oleh Aidil Inferior 666, Shammir life on the edge, Terence means no an end, Zan 6 Dead dan Ryl Elegy.

All These While – Insulters Of God
(di rilis dalam bentuk kaset sahaja)
Tracklist :
1 – Insulters Of God
2 – Silent Sorrow
3 – Fast God Fucking Violence
4 – Voidable Agreements
5 – Alcohol for a Sinner
6 – Frankly, I Hate You
7 – Erase and Destroy
8 – Back In The Hole
Insulters Of God dirakam pada March 2005 bertempat di TNT Studio Singapore. Proses engineered dan mastering dilakukan oleh Ah Boy dan All These While… Dirilis oleh Inferior 666 Records dan Sengsara Records.
Rata2 track didalam album ini hanya berdurasi kurang dari 1 minit dan hanya track Voidable Agreements berdurasi 1 minit lebih dan track terakhir bertajuk Back In Hole yang agak meleret2 sehingga mencecah durasi 3 minit.
Jika diamati music bawaan All These While… adalah garapan dari genre punk, crust, grind dan juga speedcore. Sukar dinyatakan genre sebenar mereka namun cara nyanyian lebih kepada hardcore punk, drumming yang kadangkala berbau metal serta riffing straight forward.
Mungkin sesuatu yang agak menarik untuk disentuh ialah lirik2 mereka yang agak blasphemy dan tiada sebarang kekangan. Lirik yang rebel dan rasanya tidak perlu di nyatakan disini, cukup untuk anda sendiri dapatkan rilisan ini dan cuba menghadamnya.
Sukar untuk mendapatkan maklumat berkenaan band ini. Hanya email dibawah disertakan dalam rilisan ini untuk di hubungi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected