Dragnipur – La Combustion des Ondes [EP, 2024]
Ah, Dragnipur. Saya dah lama tertangguh nak tulis tentang projek Dungeon Synth dari Perancis ni. Dragnipur merupakan sebuah projek solo Dungeon Synth dari Paris yang berpengaruhkan novel fantasi Malazan Book of the Fallen. Anyway, keluaran terkininya, La Combustion des Ondes telah pun keluar pada Jun 2023 dan menerima keluaran semula melalui Fiadh Productions pada Januari 2024.
… bunyian harpsichord yang dramatik seakan menjadi muzik latar di sebuah istana zaman pertengahan yang decayed disebabkan perang, korupsi dan juga penyakit…
Saya tertarik dengan EP ini dengan trek pembukaannya yang menyuntik feel medieval. Trek yang berjudul Rosaces ini simple saja sebenarnya dengan bunyian harpsichord yang dramatik seakan menjadi muzik latar di sebuah istana zaman pertengahan yang decayed disebabkan perang, korupsi dan juga penyakit (saya agak jelah, saya pun tak baca buku Malazan Book of the Fallen). Lazat betul, terasa macam berjalan di koridor istana yang kotor, lembap dan banyak menyaksikan perkara keji berlaku.
Bayangkan ball dance yang dihadiri hadirin diraja yang semuanya penuh protokol dan muzik ini dimainkan
Trek kedua Danse Délicate au Manoir d’Églantine pula adalah slow number yang masih menggunakan harpsichord tetapi digaul dengan instruments lain seperti keyboard dan tambourine. Berbanding trek pertama yang dramatik, trek ini kedengaran lebih regal seakan-akan berada dalam majlis ball dancing (di zaman medieval la obviously). Bayangkan ball dance yang dihadiri hadirin diraja yang semuanya penuh protokol dan muzik ini dimainkan. Ya, inilah feelnya.
Saya membayangkan suasana terkurung dalam penjara yang mempunyai little to no sunlight, berbau kepam, bertemankan lipas dan tikus serta kemurungan yang berganda menyelubungi sesiapa sahaja yang dipenjarakan.
Trek ketiga Le Bois aux Verveines pula kedengaran lebih toned down dengan bunyian murung mendominasi yang mencadangkan feel berada di penjara deep inside the castle (walaupun tajuk lagunya mencadangkan something different). Saya membayangkan suasana terkurung dalam penjara yang mempunyai little to no sunlight, berbau kepam, bertemankan lipas dan tikus serta kemurungan yang berganda menyelubungi sesiapa sahaja yang dipenjarakan. Plus, this could be a great soundtrack for a game (terutamanya macam Diablo and the likes). Menariknya lagu ini menjadi dramatik di pertengahan lagu dengan harpsichord dimainkan dengan penuh passionate (almost manical, sebenarnya) mencadangkan sesuatu yang klimaks berlaku (jika lagu ini ada cerita lah).
Saya tertarik dengan melodi utama yang cukup catchy dan menimbulkan feel misteri secukupnya. Saya kira ia datang daripada bunyian hammered dulcimer yang menaikkan feel uncertain dan gloomy.
Trek terakhir pula kembali menjadi brooding dan mysterious. Berjudul Across the Mountains of Laederon, ia mencadangkan mood adventure yang mencabar (saya kira either hiking through the snow atau menunggang some kind of animal) dengan bertembung elemen magik, jahat dan unexplainable sehinggalah tiba ke destinasi. Saya tertarik dengan melodi utama yang cukup catchy dan menimbulkan feel misteri secukupnya. Saya kira ia datang daripada bunyian hammered dulcimer yang menaikkan feel uncertain dan gloomy. I like it, but not as much as the earlier tracks.
… jika anda peminat filem fantasi dan medieval, pasti terasa familiar dengan stail ini.
La Combustion des Ondes adalah terbitan yang menarik dan buat saya mengulang dengar disebabkan feel medieval fantasy ditampilkan cukup kuat. Mungkin yang pertama kali dengar akan elicit a strong reaction; either you love or hate it memandangkan genre sebegini jarang menyusup ke pendengaran orang kebanyakan, namun jika anda peminat filem fantasi dan medieval, pasti terasa familiar dengan stail ini. Personally, I like it and will keep listening for few more times.
La Combustion des Ondes kini terdapat dalam format kaset (telah sold out!) dan muat turun digital.
FFO: Forlorn Citadel, Spell of Unseeing, Hrad
Ikuti Dragnipur di: