Wyoming Toad – Toad Song Sanctuary [Full Length, 2024]

0
Wyoming Toad

Album yang saya terima ini adalah aneh, exotic tetapi pleasant. Wyoming Toad adalah satu projek solo Ambient dari AS yang bertemakan kodok (sila Google perbezaan katak dan kodok, apparently ada beza!). Untuk keluaran keduanya, Wyoming Toad mempersembahkan Toad Song Sanctuary, sebuah album Ambient yang memanfaatkan field recordings spesis kodok-kodok yang diancam kepupusan sebagaimana diwartakan IUCN yang dijalin dengan permainan synth dan keyboard 13 trek yang indah-indah belaka.

Wyoming Toad mempersembahkan Toad Song Sanctuary, sebuah album Ambient yang memanfaatkan field recordings spesis kodok-kodok yang diancam kepupusan sebagaimana diwartakan IUCN

Toad Songs Sanctuary mendedikasikan 12 trek kepada 12 spesis kodok yang terancam dan di ambang kepupusan dan 1 trek khas kepada -spesis-spesis kodok yang telah tiada. Sungguhpun temanya seakan bleak (tetapi berniat baik, dengan setiap proceed daripada jualan album versi digital Fiadh Productions akan disumbangkan kepada Center for Biological Diversity), sonically speaking Toad Songs Sanctuary adalah terbitan yang tenang dan mengkhayalkan. Ini didemonstrasikan melalui ambient sound; sama ada field recordings, permainan synth ataupun bunyian drone yang membuatkan saya seakan melintasi semak-samun di waktu malam disambut dengan croaking makhluk-makhluk ini. Tahukah anda, kehadiran kodok/katak sebenarnya adalah penanda aras biologi untuk sesuatu kawasan? Jika anda dah lama tak dengar mereka berbunyi di kawasan anda, boleh jadi mereka dah berpindah sebab ada pencemaran. Again, rajin-rajinkan membaca.

Sonically speaking Toad Songs Sanctuary adalah terbitan yang tenang dan mengkhayalkan

Anyway, kembali kepada Toad Song Sanctuary. Mendengar album ini left me feeling good dengan bunyian kodok yang disulam dengan permainan synth/keyboard yang menenangkan. It also got me feeling nostalgic, sebab masa kecil-kecil dahulu selalu dengar bunyian kodok (dan katak, terutama selepas hujan). Setiap trek yang dipersembahkan dalam album ini sedaya-upaya menggambarkan the place of origin of the species, menjadikan ianya distinctive, bukan sekadar mengambil field recordings of the toads lepas tu layer dengan bunyian ambient. Ambil saja contoh trek Malabar Tree Toad yang enhance dengan muzik bernuansakan India, atau Houston Toad yang diselitkan bunyian seakan space ambient, disebabkan NASA terdapat di Houston (Houston, we have a problem. Ni saya palatau la). Trek terakhir pula berbunyi depressing dan dark, kerana ia adalah tribute kepada spesis-spesis kodok yang telah pun pupus. Ia kedengaran hening dan bleak menggambarkan takdir terakhir mereka di muka bumi. Ugh.

Saya menyukai album ini. Simply kerana ia terasa santai dan membuka minta saya untuk check out apa jenis kodok-kodok di tampilkan. In a way, it’s educational. Dan muziknya terasa seperti muzik latar dokumentari (dengan iringin voice over David Attenborough, pergh!) atau pun exhibition di pusat sains. Love it.

Toad Song Sanctuary kini terdapat dalam format kaset dan muat turun digital.

FFO: Brian Eno, Harold Budd, Aphex Twin

Ikuti Wyoming Toad di:

bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *