Azooma – The Act of Eye (2016)

1

Azooma merupakan sebuah band beraliran Progressive/Technical Death Metal dari Mashdad, Iran. Ditubuhkan sekitar 2004 namun hanya menghasilkan material pertama bertajuk A Hymn of the Vicious Monster (EP) pada 2014. Terkira masih dibawah label yang sama iaitu Xtreem Music, Azooma telah menghasilkan sebuah album penuh bertajuk The Act of Eye yang mula dipasarkan pada 10 Oktober 2016.

 Shahin Vaqfipour (Vocals), Ahmad Tokallou (Guitar),  Farid Shariat (Bass), Saeed Shariat (Drums)
 Artwork by Shahriyar Shervin
Tracklist :
1 – Act 1 – Plague of Predator
2 – Act 2 – Umbra of Mirth
3 – Act 3 – The Ocular Dominance
4 – Act 4 – Erosion of Shadows
5 – Act 5 – Non-Entity of Visions
6 – Act 6 – Flare of Flames
7 – Act 7 – Objectivity of Oblivion
8 – Act 8 – The Eyes: A Tale of Sight and Shadows

Proses mix dan mastering The Act of Eye (2016) dilakukan oleh Mathieu Pascal iaitu gitarist kepada band Progressive/technical Death Metal dari Perancis iaitu Gorod. Mathieu Pascal juga turut menyumbangkan solo gitar untuk track ke 6 bertajuk Act 6 – Flare of Flames.

Selain Mathieu Pascal yang bertindak dalam hal ehwal mix dan mastering, satu nama lagi yang dijemput dalam rakaman album ini ialah Dave Rotten dari Avulse. Dave Rotten merupakan vocalist undangan yang dijemput untuk rakaman track pertama iaitu Act 1 – Plague of Predator. 

The Act of Eye merupakan album berkonsep, sama seperti apa yang mereka lakukan untuk A Hymn of the Vicious Monster (EP2014) dahulu. Bercakap mengenai album berkonsep ini, setiap track rata2 berdurasi 6 ke atas kecuali track terakhir Act 8 – The Eyes: A Tale of Sight and Shadows yang berdurasi 3 minit lebih manakala Act 3 – The Ocular Dominance merupakan track terpanjang berdurasi menghampiri 12 minit.

Pada gua, Azooma adalah entiti2 yang terdiri dari pemuzik hebat. Music mereka ternyata penuh teknikal, elemen odd signature yang bersepah di setiap ceruk lagu, riffing kejam Death Metal dan kadangkala kedengaran seperti Dream Theater versi Death Metal. Bukan sekadar permainan gitar berteknikal dari Ahmad Tokallou, solo gitar beliau juga rasanya bukanlah kosong dan sekadar melepas batuk ditangga. Tone Bass dari Farid Shariat memang cukup lemak dan power. Cuma beliau tak buat solo bass sahaja. Permainan drum dari Saeed Shariat memang superb dan anda boleh lihat sendiri permainan beliau melalui video yang kami sertakan dibawah. Tugasan Shahin Vaqfipour selaku tukang pekik bersesuaian dengan konsep Azooma. Untuk track pertama, gua sudah seperti tidak dapat mengenalpasti yang mana suara Shahin Vaqfipour dan Dave Rotten.

Untuk memilih track terbaek gua rasa tidak adil kerana kesemua track ternyata bagus dan setiap track juga punya keistimewaan tersendiri. Sebagai klue, music Azooma boleh di imaginasi seperti campuran antara Nile + Dream Theater + Gorgut + Necrophagist dan seangkatan..

Hubungi Xtreem Music untuk pembelian The Act of Eye (2016) dan produk2 mereka dan kenali Azooma melalui link2 yang kami sertakan di penghujung entry.


Azooma – Encapsulated Delusion (Live at Persian Rock & Metal Fest 2013)

1 thought on “Azooma – The Act of Eye (2016)

  1. Iran ni politiks dan shiah dia je gebang lebih tapi rakyat biasa sama je macam negara2 lain. Masa aku tengok Ritchie Blackmore Rainbow main kat jerman first show bulan 6 lepas memang fans satu dunia. Tiba2 ada orang ni, ambik kadbod dia tulis Iran Loves Ritchie Blackmore. Haha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected