Reputdeath – Dissecting Goryfication [Demo, 2022]

0

Unit OSDM/HM-2 Death Metal dari Malaysia, Reputdeath kini kembali dengan demo terbaru ‘Dissecting Goryfication’. Demo yang diterbitkan melalui Necrolatry Records ini menampilkan stail Reputdeath yang familiar iaitu chainsaw riffs, sudden change of pace dan vokal yang berkahak menjadikan Reputdeath antara band OSDM tempatan yang saya ternanti-nanti untuk dengar material mereka.

Dissecting Goryfication menampilkan tendency mereka untuk bermain tempo perlahan dan draggy seperti Death/Doom Metal 90an selain mengekalkan signature tone chainsaw yang berkerak lagi keji. Namun, a noticeable difference adalah recording quality Reputdeath yang significantly improved; lebih jelas dan crisp berbanding demo 2019 yang saya ulas sebelum ni. Semestinya saya menyukai kualiti Dissecting Goryfication yang menampilkan tone chainsaw yang lebih umphh dan pecah muka. Selain itu, saya mendapati tempo dalam demo ini lebih slow berbanding sebelumnya. Lebih elemen Doom diterapkan dalam kebanyakan trek yang membangkitkan perasaan unsettling tak tentu hala. Memang merangkak dia punya tempo dengan gitar mencengkam pendengaran.

Saya kira dengan memperlahankan tempo dan cenderung kepada gaya Death/Doom Metal, Reputdeath sebenarnya berupaya menjarakkan diri mereka daripada band-band OSDM yang lain. Ketika band-band lain mencampurkan OSDM dengan Punk, USDM  dan macam-macam lagi, Reputdeath pulak obses untuk menjadi slow tapi mengekalkan desingan sound gaya OSDM. Memang mantap dan impressive. Urghhh!

Dissecting Goryfication kini terdapat dalam format kaset dan muat turun digital.  Menjelang April dan seterusnya, versi CD dan kaset di pasaran antarabangsa akan boleh didapati.

FFO: early Darkthrone (Soulside Journey era), early Anathema, early Paradise Lost, Autopsy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *