Burned in Effigy – Rex Mortem [Full Length, 2022

0

Burned in Effigy merupakan sebuah band Melodic Death Metal dengan elemen Neo-Classical yang berasal dari AS dan telah mengeluarkan album penuh pertama berjudul Rex Mortem yang diterbitkan sendiri. Memandangkan saya hampir sebulan tak mendengar apa-apa, kerana jatuh sakit akibat COVID-19 (masih belum sembuh sepenuhnya!) dan kesibukan kerja tak sudah, saya mendapati Rex Mortem adalah terbitan yang kembali menggerakkan minat saya untuk mendengar muzik.

Rex Mortem adalah jalinan Melodic Death Metal dan Neo-Classical yang decent. Riffs yang dipersembahkan terasa lively dan headbang inducing yang mengingatkan antara brutality The Black Dahlia Murder dan kedinginan ala Kalmah. Saya terangguk-angguk jugak bila mendengar. Diselit pulak dengan permainan Neo-Classical yang technical. Confirm ramai yang jealous, saya agaklah. Dengarkan saja petikan gitar classical di beberapa tempat yang menenangkan telinga sebelum paluan dram dan gitar elektrik yang mencarik pendengaran. Ditambah pula dengan pekikan vokal yang meliar menjadikan the album has many layers to discover.

Rex Mortem mempunyai riffs yang memorable yang ada masa berbunyi familiar dan ada masa terasa fresh. Kecenderungan mereka untuk push the boundaries sememangnya dikagumi untuk tidak kelihatan seperti seribu band Melodeath lain yang membalun stail yang serupa. Saya memang enjoy kemasukan stail Neo-Classical yang terasa macam menunjuk-nunjuk namun menjadikan listening experience lebih rich dengan sound yang garang berapi namun tetap bermelodik. Rasanya saya takde menda dah nak cakap melainkan bawa-bawalah dengar album ini. Mana tahu terbuka hati nak dengar Melodic Death Metal yang bersulam Neo-Classical ni mampu menangkap pendengaran anda. Saya dah, tunggu anda je lah haha.

Rex Mortem kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: The Black Dahlia Murder, Kalmah, In Flames, Meridian Dawn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected