Vallendusk – Heralds of Strife [Full Length, 2021]
Vallendusk adalah antara kuasa Atmospheric Black Metal dari Indonesia yang membuka mata dunia semenjak terbit album sulung ‘Black Clouds Gathering’ pada 2013. Terbitan-terbitan seterusnya terus cemented their reputation dengan album The Fortress of Primal Grace yang cenderung ke arah Melodic Death Metal ala In Flames. Kini mereka kembali dengan album penuh Heralds of Strife diterbitkan melalui Northern Silence Productions.
Heralds of Strife nampaknya masih kental dengan trademark mereka: riffs bermelodi dan kompleks serba pantas, feel melankoli yang terasa melambung-lambung jiwa, drumming yang menderu pantas seakan machinegun, tetapi dimantapkan dengan kemunculan clean vocals di beberapa tempat selain gitar akustik dan piano. Panjang-panjang juga album ini, dengan kebanyakan trek melebih 7 minit. Mungkin ini adalah satu lagi evolusi muzik mereka, namun saya kurang interested dengan lagu yang panjang-panjang kerana ada trek yang terasa repetitive dan boleh straight to the point. Ini bukan bermaksud songwriting mereka tidak bagus, terdapat beberapa trek yang benar-benar menarik pendengaran saya namun selepas 3 minit berlalu terasa eh macam ulang form dari awal tadi. Saya tidak nampak justification untuk mempunyai lagu-lagu panjang.
Heralds of Strife mempunyai tarikan dengan menulis riff-riff kreatif namun dibantutkan dengan durasi lagu yang terlalu panjang. Mereka masih lagi band yang sama sewaktu mengeluarkan Black Clouds Gathering cuma kini lebih ghairah untuk meneroka approach berlainan, dan saya tak berapa into dengan attempt ini. Buat mereka yang sukakan Black Metal yang long form, sudi-sudikan mendengar Heralds of Strife.
Heralds of Strife kini terdapat dalam format CD, kaset, dan muat turun digital.
FFO: Pure Wrath, Winterfylleth, Woods of Desolation, Fen