Nigredo – Flesh Torn – Spirit Pierced (2018)

0

Jika disebut Black Metal dari Greece pasti Rotting Christ, Varathron dan Thou Art Lord berada dalam kepala anda. Berasal dari Athens, Attica Greece, Nigredo adalah nama baru yang wujud sekitar 2013. Menghasilkan Facets of Death (EP2015), Duo ini terus bergerak beraksi dipentas-pentas gig dan pada 15 April 2018, album sulung bertajuk Flesh Torn – Spirit Pierced (2018) bakal berada dipasaran dan ianya dibawah naungan Transcending Obscurity Records.

A. (Vocals, Guitars, Bass) 
Maelstrom (Drums)
Grim (Guitars – Live Session)
Painting oleh Jean Francois Bouron 
Layout oleh Remedy Art Design
Tracklist :
1 – Ten Repellent Antiforces
2 – Necrolatry
3 – Choronzon Possession
4 – Mental Glimpses At Cosmic Horrors
5 – Saturnian Death Cult
6 – Sons Of Worthlessness
7 – Towards The Monolith
8 – Raging Tides Of Time

Apa yang boleh dikatakan ketika Flesh Torn – Spirit Pierced (2018) dimainkan, adalah perlu dinyatakan Nigredo aalah band yang cuba lari dari sound2 Greece Metal walaupun melabelkan music mereka sebagai Black Metal.

Music Nigredo boleh dikatakan masih kelam dengan tunjang Black Metal, namun riffing guitar adakalanya terkesan pengaruh Black/Thrash walaupun tidak secara keseluruhan. Sound/tone gitar kedengaran lebih kasar dan sedikit kotor namun tidak menjurus kearah raw. Ia nya juga bersifat old skool dan straight forward. Drum masih berada dalam jiwa Black Metal, tidak menonjolkan tahap teknikal yang tinggi dan kekal dalam stroke old skool. Vocal dari A nyata ngeri dan paling memberi warna yang paling pekat untuk ramuan dan rasa Black Metal dalam rencah music Nigredo.

Jika diminta pengaruh atau band2 yang boleh dibuat perbandingan paling hampir dengan music Nigredo, adalah sukar untuk gua memberi jawapan. Mungkin ada sedikit atau kebetulan seperti NorseSvartidaudi dan Bolzer.

Dari segi sound produksi, Flesh Torn – Spirit Pierced (2018) berada dalam kelasnya tersendiri dan berjaya lari dari Greece Metal yang mempunyai sound yang bersih dan solid. Sound yang kasar dari gitar yang di blend bersama sound/tone drum yang organik menjadikan album ini sedikit berbeza dengan Black metal ciptaan band2 lagenda Greece.

Flesh Torn – Spirit Pierced (2018) dikeluarkan dalam dua format iaitu fizikal dan digital. Untuk format fizikal tersedia dua versi iaitu “Hand-numbered Silver-embossed Printed Box Set CD” dan juga digipak CD. Untuk format digital, anda boleh membuat pembelian melalui laman bandcamp Nigredo atau Transcending Obscurity Records.

Nigredo
Email
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected