Ulu Lungga – Antu Kara (EP2018)
Beberapa produk dari Power Devolution Productions (PDP) berjaya gua grab. Label yang nampak meriah dengan produk sejak suku terakhir 2017 sehingga kini yang bertempat di Kota Samarahan, Sarawak. Untuk review pertama dari PDP, gua memilih hasil material dari band menggunakan nama Ulu Lungga. Ini adalah projek one men band individu yang menggunakan nama Antu Kara. Dengan konsep Raw Black Metal dengan tema mythology/folklore berkaitan negeri Sarawak, Antu Kara (EP2018) yang memuatkan 7 buah track termasuk intro dan outro telah diterbitkan pada 17 January 2018.
Tidak dinyatakan secara detail berkenaan teknikal rakaman EP ini selain hanya dinyatakan rakaman dilakukan di Kuching Sarawak sekitar 2017.
Gua agak terkesan dengan Miring (Intro) yang mengalunkan irama tradisional etnik Sarawak menggunakan instrument gitar. Walaupun dengan sound dan tone yang tidak “clean” namun idea menggunakan intro tradisi etnik ini adalah sesuatu yang agak memeranjatkan dan kena dengan tema band ini.
Dua track bervocal awal Penatai Iya Ka Pemadu Jai dan Antu Kara tidak berapa mengejutkan gua yang agak hari2 dipanah music berdistortion, namun apabila track bertajuk Ngerau bermula, gua berasa seakan berada dizaman awal penggunaan distortion oren sebelum kelahiran boss metalzone distortion. Besemaya Enggau Antu Koklir dan Semengat Pasun Nyalak juga antara track yang punya struktur penciptaan dan mood yang sama seperti Ngerau.
Dari segi sound produksi, Antu Kara (EP2018) tidaklah produk yang mampu memberi impak sound melantun-lantun. ini lebih kepada rakaman bersifat raw seperti mendengar zaman awal Burzum. Music yang straight forward namun masih boleh didengar setiap permainan instruments yang dimainkan. “Mentah” adalah terma yang sedikit sesuai jika dikaitkan dengan sound produksi namun elemen “mentah” itu perlu untuk konsep Black Metal sebegini. Gua tak pasti jika sound produksi yang cantek dan profesional mampu membuatkan Antu Kara (EP2018) dapat di sampaikan kena dengan konsepnya. Juga gua berpendapat untuk material selepas ini, Ulu Lungga dapat menitikberatkan berkenaan hal ehwal rakaman secara lebih detail seperti elemen2 teknikal stereo, panning dan beberapa hal lain untuk menghasilkan produk yang lebih menampakkan improvement.
Antu Kara (EP2018) boleh diperolehi dengan harga RM20 by hand dan sila hubungi Power Devolution Productions (PDP) untuk urusan pembelian. Difahamkan produk2 dari label ini bersifat limited. So, dapatkan untuk merasa sedikit kelainan dalam dunia besi gelap tanahair.