VotW : Malaysian Undergrounder’s: Tribute to Biohazard
Jika sebelum ini, kita biasa tengok di youtube collabration cover song yang dimainkan oleh pemuzik-pemuzik amatur dan profesional antarabangsa, kini nampaknya Malaysia tidak ketandusan bakat dalam menghasilkan product alam maya sebegini. Studio Koman yang dimiliki oleh pemuzik underground amatur Max Sayuthi dari band Cryo Inferno/Delict telah membuktikan projek sebegini mampu dihasilkan dengan kualiti yang bagus dari segi audio dan visual. Ok, ini track klasik dari Biohazard yang diambil dari album kedua Urban Disipline (1992) bertajuk Punishment.
Emri Shamreza from Blindtribe / Strikeout (Drums)
Max Sayuthi from Cryo Inferno / Delict (Guitar)
Lan Bear from Infectious Maggots (Lead Guitar)
Daniel Eddie from Massacre Conspiracy (Bass)
Zaid Fadhil from Strikeout (Vocal)
Kesemua instruments melalui proses rakaman di Brutal Music Lab (kecuali rakaman guitar Max Sayuthi yang dirakam di Studio Koman) dan Auks dari Sick Society bertindak sebagai mixing engineer. Track ini diterbitkan oleh Studio Koman dan Brutal Music Lab.