Pardon Me: Definisi Alternative Rock yang Catchy

4
Selepas feature rapper The Rhymeweaver hari tu, sekali lagi Dissecting the Euphony membawakan interview dengan band yang lain genre dari kebanyakan yang pernah ditampilkan. It’s just to show DtE bukanlah tertumpu dekat metal sahaja. In a way ia adalah untuk membetulkan persepsi orang. Terima kasih kepada yang mengikuti dan membaca hasil kami. Alright let’s skip the shit, kali ni gua bawakan Pardon Me, sebuah unit alternative rock dari Shah Alam/ Sunway. Lama jugak la dekat sebulan tunggu diorang reply sebab frontwoman dia duk busy dengan program realiti Keynote. Gua tergerak nak feature diorang lepas si vokalis sendiri menjemput gua menyertai fanpage Pardon Me dan bertitik tolak dari tu lepas gua dengar stuff diorang gua rasa nak feature pasal diorang ah. Maaf gua tak familiar dengan scene music alternative ni. Metal gua tau la hahah. Interview berikut dijawab oleh Shana, vokalis dan the mainman (mainwoman?-ed) Pardon Me.

Ceritakan tentang Pardon Me.Siapa yang mengasaskan Pardon Me?Dari mana lu orang berasal?

Ok, sebelum PM ni ada, kami secara individual menghadiri audition untuk HotFM Twisties Bingit 09 yg ujibakatnya berlangsung di 3 tempat yakni KL, JB dan Penang. Band ni wujud selepas kami digabungkan seramai 4 orang dalam satu group, sedangkan kami langsung tak kenal sesama sendiri. Kami ditugaskan untuk mencari nama band dan secara tak sengaja Apit, selaku drummer asal band ni telah memberi nama tersebut dan kami semua dgn kata sepakat untuk bersetuju.Line up sebenar:

Shana: Vokal and Guitar
Daniel: Guitar
Wan: Bass
Apit: Drum
sebelum 3 dari mereka keluar dari PM. Dan line up tetap sekarang adalah:

Shana: Vokal dan Guitar
Eman: Guitar
Dukegong: Bass
Ali: Drummer
Kami dari Shah Alam dan Sunway.

Nama Pardon Me tu, ada sebab tertentu ke namakan band dengan nama sebegini?

Tak ada. It’s just a name yg suit untuk konsep band ni.

Sound PM adalah seperti D-Va dan Paramore dan ada kalanya macam band One True Thing. Apa influence lu orang?

Haha. Bunyi yang sama mungkin di sebabkan kami memainkan jenis muzik yang sama dengan band2 tersebut. So tak hairan la kalau kedengaran sama kan? (hehe) Influence kuat kami memang Paramore. Sebab muzik diorang fresh dan berbeza dari muzik yang dah ada. Lagi satu, kat Malaysia ni tak banyak band yang memperjuangkan ‘True Alternative Music” ni. Selain Paramore, kami juga ada influence lain seperti Love Me Butch, Avenged Sevenfold, Bullet For My Valentine dan lain-lain sebagai music reference kami.

Apa label yang lu orang letak untuk music korang?Alt rock agaknya eh?

Kami mengetengahkan Alternative music.

Siapa penulis lagu yang utama?Siapa pulak tulis lirik?

Ehem, Shana la siapa lagi? haha. Semua lagu dan lirik adalah hasil karya Shana (pulun sorang dia ni hahah-ed).

Gear yang korang gunakan untuk rakaman dan live.

Kami cuma menggunakan effect yang simple seperti Line6 dan Metal Zone untuk gitar dan bass, software seperti Reason5 dan Sonar8 untuk drum juga Cubase4 untuk instrument lain seperti keyboard dan effects sampingan seperti loop.

Vokalis lu orang telah terlibat dengan program realiti Keynote 2010, lu orang rasa itu merupakan satu peluang untuk melonjakkan nama Pardon Me ke mata umum tak?

First of all, kami bangga dengan Shana dan bagi kami itu adalah salah satu dari usaha Shana untuk push band ni akan tetapi kami tak menaruh harapan terlalu tinggi sebab kami percaya pada rezeki. Kalau kami tak berjaya di mainstream pun kami masih boleh berusaha dalam kelompok independent jugak. Betul tak? 🙂

Berapa banyak release korang setakat ni?

Kami baru 3 tahun dalam scene ni. Kami belum lagi menghasilkan apa-apa tapi kami telah menyiapkan beberapa lagu untuk di muatkan dalam EP kami yang pertama Insya Allah.

Gua dapati vocal works lu orang adalah sangat mengagumkan iaitu vokal harmoni. Adakah ini trademark sound Pardon Me? Adakah lu orang akan teruskan gaya macam ni dalam release akan datang?

Thank you. Yup kami akan teruskan dengan harmoni sebab itulah trademark kami dan itulah PM. 😉

Pada pendapat lu orang la kan, Battle of The Band ni berfungsi tak sebagai platform untuk sesebuah band untuk dikenali?

Hmm, tengok jugak la jenis2 BOTB tu. Kadang2 lebih kpd Rock dulu2 dan kadang band2 mcm kami ni mmg tak ada peluang untuk menang.

Gua baca dalam Facebook Pardon Me ada mengatakan lu orang tengah dalam menyiapkan EP. Boleh cerita sedikit?Kalau dapat sneek peak pun bagus juga 🙂

Haha. Kami still dalam process untuk hasilkan EP. So far lagu2 dah ade tapi tak select lagi dan still mengumpul budget untuk buat cover CD dan merchandise. Hope akan siap jugak satu hari nnt. Doakan lah ye? 😛

4 buah lagu dari Revernation lu orang (muat turun percuma) benar-benar menarik perhatian gua. Ada versi physical copy tak atau lu orang release sebagai free download saja? Adakah lu orang berniat nak jadikan tu sebagai promotional purpose untuk recording label?

Love your question haha. Memang lagu tersebut kami just released it as free download. Bukan jugak untuk mem’promote’ kat mana2 recording labels. Tapi, kalau ada yang tersangkut apa salah nya kan? 🙂

Ada tawaran dari mana-mana label?

Ada jugak. Mula2 dulu kami telah dilamar oleh Monkey Bone tapi dorang cancel atas sebab2 tertentu dan pass kan kpd SRC. Setelah kami audition di sana dan mereka bersetuju untuk sign kami sebagai artis mereka, kami memutuskan untuk menolak tawaran tersebut atas sebab2 yang tak dapat di elakkan.

Mana kami boleh dapat stuff lu orang?Ada keluarkan merchandise?

Macam I kata tadi, belum ada lagi. Kalau dah ade kami promote kan habis-habisan! Ok? 😛

Apa pendapat lu tentang muat turun music. Adakah dia akan menguntungkan pemuzik sendiri? Lu download music tak? Adakah Pardon Me di masa akan datang akan membuat release secara muat turun percuma?

Yup. Haha. Hurm, bagi kami tak ada masalah. Melainkan kami dah sign dengan mana2 recording label dan lagu-label kami boleh di download secara free tapi tak ada protect untuk lagu2 tersebut, memang akan jadi masalah. Buat masa ni, download free untuk lagu-lagu kami sikit-sikit tu boleh lah. Tapi kalau kami dah kaya satu hari nanti, nak download banyak-banyak lagu kami secara free pun tak apa. Haha. Thanks A is for Anomaly! We had fun answering!

Gua rasa interview ni tak lengkap kalau lu orang tak dengar sendiri hasil diorang. Untuk itu lu orang boleh download/dengar sendiri lagu-lagu diorang kat Reverbnation atau PureVolume atau Myspace. Bagi gua (sebagai seorang yang buta dan tatau pasal scene alternative,maaf gua tak guna nama scene indie,sell sout siut-ed) Pardon Me ada kekuatan tersendiri. Beri sedikit masa untuk mereka dan mungkin lagi setahun dua mereka akan surface. Yang paling penting, sokong muzik tempatan! Pardon Me boleh dihubungi link di atas dan juga sini.

4 thoughts on “Pardon Me: Definisi Alternative Rock yang Catchy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected