Various Artist – Tribute To Silent Death (2012)
Gabungan 12 buah band pelbagai genre telah menghasilkan sebuah kompilasi tribute kepada lagenda Death Metal tanahair iaitu Silent. Al-Fatihah terlebih dahulu kepada arwah Stone selaku vocal/rhytm/bass dan juga arwah Pink selaku pemain gitar utama yang telah kembali ke asal kejadian. Berbalik kepada tribute ini, gua ada terbaca ianya sebenarnya adalah satu perjanjian yang pernah di meterai oleh arwah Stone (ketika masih hidup) dan juga pemilik Metalzone Distro iaitu saudara Aziz. Menarik didalam kompilasi ini ialah ianya melibatkan band2 tempatan dan juga luar negara.
Atomic Death sebuah band dari Shah Alam Selangor, yang sedang meningkat naek membawakan konsep Thrash Punk sesuai sekali menjadi band pembukaan dengan lagu bertajuk Dying Moment. Ok, nampak gaya Atomic Death memang sudah punya rencah sendiri dengan membawa lagu ini dengan music direction mereka sendiri. Rancak dan bergaya. Apa gua boleh kata bila dengar track ni rasa nak dengar track2 laen pulak.
Hellstorm band dari Sandakan Sabah membawakan lagu bertajuk We Are Death. Untuk rakaman ini gua dapat sedikit info dimana mereka menggunakan khidmat Man Vpbk (Nefarious Azarakh) sebagai pemain drum. Kedengaran sedikit raw namun masih terkawal. Jelas sekali penangan Black Thrash Metal untuk lagu ini.
Guttural sebuah band dari Taiping Perak dengan konsep Melodic Black Death Metal membawa lagu Reign Of Inferno yang turut diambil dari album Before The Sunrise. Jika diteliti tidak banyak perubahan yang dilakukan pada track ini dan kelainan paling jelas adalah pada pembawaan vocal dan pada penghujung lagu.
Visitant dari Kuantan Pahang dengan Before The Sunrise. Apa boleh gua kata ini antara track pilihan setelah mentelaah selama beberapa kali. Ternyata apa yang Visitant lakukan memang boleh mendatangkan rasa seram sejuk. Hahaha. Penggunaan keyboard sebagai latar banyak menghasilkan mood2 yang menarik disamping cara lagu ini diolah pada gua sangat baek sekali. Masih tidak hilang seri lagu asal malah ada sesuatu yang diberi oleh Visitant dari perisa music buatan mereka. Juga part penyampaian vocal yg berselang seli menambah lagu ini menjadi makin menarik untuk didengar.
Shadow Of Death dari Sibu Sarawak dengan genre Death Metal membawa lagu Twisted Faith. Pengaruh Death Metal jelas kedengaran terutama dari hentaman drum dan cara nyanyian yang dipersembahkan. Jika diteliti ada sedikit perubahan pada riffing asal namun masih tidak lari dari susunan yg dilakukan Silent Death. Solo gitar juga meyakinkan namun kenapa gua dengar sound drum nya agak statik ya? Adakah penggunaan drum machine?
Persistence In Mourning merupakan projek one men band dari Oklahoma USA. Ditunjangi oleh Andy Lippoldt, lagu bertajuk Preacher Of The Dark telah digubah kepada elemen Funeral Doom/Death Metal. Bersesuaian juga dengan lagu asal yang sedikit meleret, penangan Andy Lippoldt tampak lebih solid walaupun instrument yang dimainkan lebih kepada digital.
Demizer dari Kota Kinabalu Sabah yang membawa konsep Melodic Deah Metal tampil dengan lagu Book Of Death. Bermula dengan agak ganas walaupun susnan riffing agak thrashy. Riffing asal yg digubah ke acuan Demizer agak menjadi. Gua terbayang lagu ini jika masih menggunakan dwi-vocal pada bahagian chorusnya. Riffing sebelum solo gitar pada pertengahan lagu berjaya disesuaikan dengan penambahan harmoni riffing. Solo gitar juga bagus.
Storming Steels dari Alor Setar Kedah memilih track dari demo Eternal Damnation 1989 bertajuk Satanic Unity (untuk album Before The Sunrise diubah menjadi Unharmony Unity). Rakaman yang benar2 old skool kena dengan konsep bawaan mereka iaitu Old Skool Thrash Metal.
Infernal Void dari Batu Gajah Perak yang kembali menghangatkan scene metal tanahair muncul dengan track bertajuk Inner Power yang diambil dari kompilasi Storm Of Nebiula II. Permainan yang bersih namun untuk track drum nya seakan ada penggunaan drum machine digunakan.
Corpsereaper sebuah band dari Kuantan yang membawa konsep Vulcano Death/Thrash Metal tampil dengan track dari EP Break The Silence iaitu Armageddon. Sound yang agak old skool dipersembahkan oleh Corpsereaper. Walaupun berjaya membawa lagu ini dengan cara tersendiri namun root asal lagu masih dapat dihidu.
Dari Russia, band bernama Hell’s Thrash Horsemen dengan konsep Thrash Metal tampil dengan Morbid Massacre. Bayangkan lagu ini dibawa dengan penangan Thrash metal yang laju. Menarik juga tambahan sound produksi yang dihasilkan sangat bagus. Sebuah penghargaan buat Silent Death dari band dari Russia.
Viniir band Viking Metal dari Ipoh Perak agak berlainan apabila tampil dengan sebuah lagu sendiri tetapi di tujukan sebagai tribute mereka kepada Silent Death. Track bertajuk Your Time (Legend In Memorium) walaupun pada awalnya kedengaran seperti sebuah track berkonsep Black Metal, namun ianya berubah kepada music asal Viniir iaitu Viking Metal. Jelas nampak kemajuan dari apa yang dihasilkan Viniir jika dibandingkan dengan demo mereka sebelum ini.
Zuriarts juga dari Taiping Perak menjadi band tribute penutup dimana band berkonsep Melodic Black Death Metal ini membawa lagu Spell Bound yang diambil dari Dark Live Collections (1993). Haha.. Berbeza sungguh apa yang dilakukan Zuriarts dari apa yang dihasilkan Silent Death dahulu. Penambahan note2 pada setiap riffing nampak agak menambah keyakinan pendengar dengan kreativiti yang dihasilkan.
Pada pendapat ikhlas gua, secara keseluruhan kompilasi tribute ini boleh dibanggakan dimana ia nya menjadi 1 nostalgia apabila lagu2 Silent Death dimainkan semula oleh band2 yang terlibat termasuk dari luar negara. Berbagai kualiti rakaman dapat didengari dari setiap band dari kepelbagaian konsep diperdendangkan. Untuk kompilasi ini gua memilih 3 track yang pada gua antara terbaek iaitu track pertama dari Atomic Death iaitu Dying Moment, Viniir dengan lagu sendiri yang ditujukan untuk Silent Death iaitu Your Time (Legend In Memorium) dan paling menonjol pada gua Visitant yang membawa lagu Before The Sunrise yang masih gua dengar saban hari. Haha power! Kedengaran juga beberapa band yang menggunakan perisian komputer untuk track drum masing2.
Kompilasi ini wajib dimiliki oleh peminat yang benar2 support akan perjuangan Silent Death. Bukanlah support jika mengharapkan aktiviti mendonlod dari internet. Dapatkan Kompilasi Tribute To Silent Death dengan harga RM30 melalui label2 yang kami sertakan link nya dibawah ini.
visitant punya track memang sedap. m/
setuju..
memang feel abesss..