Bahajang – Extirpation Of Rapscallion (EP 2013)

0

Pertama kali mengetahui mengenai perihal band Bahajang yang membawa konsep Grindcore ini melalui video youtube, kemudian diperkenalkan lagi melalui promosi label Grundar Production. Gua dapati band muda dari Ipoh ini perlu diberi perhatian pertama kerana keberanian menghasilkan konsep sebegini (juga persembahan energetik menggila) dan mereka antara band muda yang aktif melakukan persembahan pentas dan meriliskan produk walaupon masih baru bermula. Extirpation Of Rapscallion muncul pada awal 2013 iaitu ketika Tour Grundar Death Fest 1-3 February 2013. Menghidangkan 10 buah track berdurasi kurang dari 2 minit (1 lagu jek 2 minit lebih) rasanya, kami pihak DtE perlu expose band ini kepada pembaca2 di luar sana.

 Cover artwork, layout oleh Khairy Shamsudin, Wan Billy dan Xxul Necro
Tracklist :
1 – Firauan Dikecam Feat. Adolf Hitler
2 – Official Douchebag
3 – Kezaliman Si Puah Serai
4 – Gembira Di Hari Mampus
5 – Bahajang Al-Massikh
6 – Tropic Grinder
7 – White Collar! Collar Up! Fuck Off!
8 – Setan Angkat Dulang
9 – Pucuk Kepimpinan Si Maarup Terap
10 – Extirpation Of Rapscallion

 Arip Melayu (vocal), Dee Kerongkong (Vocal), Wan Billy (Gitar),
Zul Sentosa (Bass), Faruk Asbaum (Drum)

Extirpation Of Rapscallion (EP 2013) melalui proses rakaman di Necro-X Studio dan melalui proses rakaman dibawah penyeliaan Amergeddon dan Xxul.

Firauan Dikecam Feat. Adolf Hitler bermula dengan dialog Adolf Hitler dalam bahasa Jerman nya sebelum music sebenar Bahajang menjelma. Ok, Sound dari Necro-X Studio makin mengancam dan kena pulak dengan konsep Bahajang yang tidak kenal letih ini. Hahaha. Tidak terlalu clean dan tidak raw. Kekuatan pada vocal yang menyerang selang seli dengan growl dan scream.

Official Douchebag bermula tanpa sebarang tanda. Terus menyerang tanpa belas dan mood sedikit moderate dipertengahan lagu dan kembali grind di penghujung. Alamak tak sampai seminit durasi lagu ni.

Kezaliman Si Puah Serai agak pelik tajuk lagunya. Serangan menggila pada awal lagu dan sedikit feel nak headbang ditengah lagu sebelum kembali huru hara.

Gembira Di Hari Mampus juga gila. Susunan lagu yang masih ada flow dan tidak terlalu menggila moodnya. Ending lagu ni ada dialog merapu2. kahkahkah.

Bahajang Al-Massikh satu tajuk lagu paling jahat. Hahaha. Memang kelam kabut lagu ni tapi masih terkawal. Scream yang menyebut Bahajang dan growl yang melengkapkan segala lirik. Ada sound sample dihujung lagu.

Tropic Grinder merupakan lagu pertama yang dimuat naek pada laman Reverbnation Bahajang sebelum EP ini rilis. Sesuai di jadikan pembuka sebelum track2 lain diperdengarkan. Antara lagu yang bagus, ada flow dan berjaya dibawa dengan baek.

White Collar! Collar Up! Fuck Off! bermula dengan agak mendatar sebelum menggila dengan grindnya. macam biasa serangan dwi-vocal Bahajang memang boleh bikin huru hara!

Setan Angkat Dulang bermula dengan intro sedutan filem Allahyarham P. Ramlee (intro yg turut digunakan oleh Sarjan Hassan kalau x silap). Ok track ni memang cilaka abis. Macam x teratur dan grind sehabis mampu. Kata2 makian juga di selit sebelum track tamat. Kahkahkah.

Pucuk Kepimpinan Si Maarup Terap track berdurasi 1 minit penuh dengan growl ddan scream disamping paduan drum dan riffing yang menggila.

Extirpation Of Rapscallion yang juga merupakan tajuk EP ini menjadi track penamat. Ok, antara track yang terbaek pada gua disamping Tropic Grinder.

Keseluruhan Extirpation Of Rapscallion boleh dikatakan membanggakan kerana ini merupakan produk pertama Bahajang yang dirilis bukan split seperti terdahulu. Seratus peratus lagu dan lirik penulisan dari Bahajang. Juga sound produksi yang masih boleh dibanggakan dan sesuai dengan sound untuk konsep yang dibawa Bahajang. Sekali lagi gua dok ushar kerja tangan dari Amergeddon dari necro-X, ya beliau bagus kerana ada buat homework untuk sound grindcore kotor Bahajang. Hahaha. Pada gua produk sebegini tidak perlu terlalu clean sound produksinya mungkin cuma perlu sedikit lagi tahap “berat” nya untuk lebih power!

Seperkara lagi yang perlu di highlight ialah persembahan pentas oleh Bahajang perlu diberi perhatian. Persembahan yang energetik, custom yang dipakai serta kemampuan menghuru harakan show2 yang disertai adalah satu kredit atas keberanian bahajang. Perkara ini mengingatkan gua pada Pickcell sebuah band (yang gua rasa kembali hidup) yang mirip Slipknot dan punya kemampuan menghangatkan pentas dan moshpit dengan showmanship menggila. Ok, Bahajang showmanship lu orang memang chaos abesssss!

Dapatkan Extirpation Of Rapscallion (EP 2013) dengan harga RM10 by hand atau cuba hubungi sendiri Bahajang melalui laman sosial mereka atau melalui Grundar Production untuk urusan pembelian secara pos dengan harga RM12. Terima Kasih!

p/s –  DtE tengah plan nak interview band gila ni..

Bahajang – Live at Penang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected