Interview : Dicktracy – Terma baru Metal dan Hardcore yang lebih advance

0

Kami sebenarnya agak teruja dengan single terbaru (sebenarnya xbrapa baru dah sebab dh rilis dalam sebulan dua ni..hehe) band bergelar Dicktracy ini yang berjudul Disconsolate. Difahamkan juga band ini sedang dalam rakaman untuk material terbaru yang akan menemui pendengar. Bercakap berkenaan Disconsolate, ianya merupakan sebuah single menarik untuk diperkatakan memandangkan jarang band2 tempatan yang menghasilkan music sebegini. Oleh yang demikian, kami DtE mengambil peluang untuk menemuramah Dicktracy untuk mengetahui perkembangan terkini band ini. Ok, mari kita sama2 mengenali band ini. Adiossss….

Dicktracy 2012
Credits to : Aina Jamil dan Sarah Ghazi.

1 – Hai.. Boleh perkenalkan line up terkini Dicktracy?
Hai kembali. Line-up terkini DICKTRACY ialah Hanif/Voc, Jamal/Drums, Azrol/Guitar, Izmal/Guitar dan Zam/Bass.

2 – Bagaimana sejarah tertubuhnya Dicktracy?
Idea penubuhan DT pada awalnya di cetuskan oleh saudara Rizan (ex-guitarist Have A Nice Death) sekitar akhir tahun 2008. Beliau merekrut Zam yg juga bekas pemain bass Have A Nice Death, Hanif dr Prognosis: Death!, Daryll (ex-Deadscore, First Base, The Dearly Missed) dan Reza (ex-Asthalin). Band ini tertubuh kerana kami ingin mencari kelainan dlm scene dimana ketika itu (atau sehingga kini), band scene kebanyakkan nya mengetengahkan genre Metalcore dan Hardcore yg agak tipikal. Dari situ lah DT mula aktif dan mula bermain gig se-awal tahun 2009.

3 – Kami tidak punya peluang untuk mengikut perkembangan awal Dicktracy, Boleh nyatakan konsep music sebenar Dicktracy?
Agak sukar sebenarnya kami ingin menjelaskan konsep music kami. Kami lebih selesa mengkelaskan music kami mempunyai element asas Metal dan Hardcore.

4 – Single bertajuk “Disconsolate” boleh kira agak advance arah tujuan music nya. Apakah yang ingin disampaikan kepada pendengar berkenaan lahirnya single tersebut?
Seperti yg dijelaskan dlm sejarah penubuhan DT, tujuan nya masih sama; mencari kelainan. Selain itu, “Disconsolate” merupakan single come back kami setelah hiatus hampir setahun sejak 2011.

5 – Mungkin boleh dinyatakan band2 yang membawa influences terbesar kepada music Dicktracy?
Kami dipengaruhi kuat oleh band-band luar negara seperti For The Fallen Dreams, Confession, The Plot In You, Emmure, Counterparts dan seangkatan dengan nya.

6 – Dinyatakan juga Dicktracy sekarang sedang giat merakam sesuatu. Boleh ceritakan apakah “buah tangan” yang bakal dihadiahkan Dicktracy kepada pendengar? Album penuh atau EP barangkali?
Ya kami sedang menyusun jadual dan bergiat menyiapkan material2 terbaru. Namun progress nya agak perlahan kerana kesibukkan masing-masing dengan kerja. Insyaallah kami akan menghadiahkan sesuatu selewatnya bulan Oktober tahun ini.

7 – Dimanakah Dicktracy melakukan sesi rakaman tersebut?
Kami menggunakkan khidmat saudara Ardy dari Nu Breax Records.

8 – Pada pendengaran gua, Disconsolate punya pengaruh Djent dan Math Metal. Ini mengingatkan gua pada band2 seperti Tesseract, Periphery dan sedikit Meshuggah. Soalan kami untuk mengelakkan dari dikatakan klon band2 tersebut, apakah yang membezakan music Dicktracy dengan band2 tersebut?
Ahha. Sebenarnya tidak terniat langsung kami ingin menuju kearah Djent. Ianya adalah satu kebetulan. Kami cuba menggabungkan element2 yg kurang terdapat pada band2 Metalcore tempatan. Dan kami rasa, boleh kami katakan kami berjaya lari dari sesuatu yg tipikal untuk scene tempatan kn? Haha.

9 – Jika Dicktracy menjadi band pembukaan untuk gig yang headlinernya band lama yg reform. Majoriti crowds datang hanya untuk menonton band tersebut. Bagaimana dan apa pandangan Dicktracy untuk menarik perhatian crowd2 ini menyaksikan persembahan anda?
Kami tetap mempersembahkan karya kami dengan cara kami. Kami percaya crowd yg bijak, akan ambil peluang utk mengenali kami dan menilai sendiri apa yg mereka lihat dan dengar. Jika mereka tidak mahu menonton persembahan kami, kami tak rugi apa-apa.

10 – Boleh nyatakan band2 tempatan sealiran Dicktracy yang perlu diberi perhatian?
Setakat ini beberapa band yg boleh dikatakan sealiran dengan kami yg perlu diberi perhatian ialah Saviour dan Repay Your Faith.

11 – Adakah Dicktracy bernaung dibawah mana2 label?
Setakat ini kami tidak bernaung mana-mana label.

12 – Adakah setiap line up Dicktracy mempunya band2 lain yang disertai? Dan jika jawapannya “YA” adakah Dicktracy hanya merupakan band projek atau sebaliknya?
Ya. Hanif merupakan voc band Prognosis: Death!, Jamal juga voc kpd band Repay Your Faith. Namun DT adalah band utama kami.

13 – Boleh nyatakan mereka2 di belakang tabir dan juga produksi yang terlibat didalam pembikinan video klip “Disconsolate” yang bakal dikeluarkan nanti?
Produksi yg terlibat hanya band dan 2 orang rakan. Saudari Aina Jamil dan Sarah Ghazi merupakan rakan rapat kami yg membantu dalam pembikinan muzik video “Disconsolate”. Cuma ketika ini, pembikinan video klip tersebut mengalami sedikit masalah teknikal di awal proses editing. Menyebabkan tarikh rilis video klip tersebut terpaksa ditunda.

14 – Band2 impian dan pujaan Dicktracy yang diharapkan dapat mengadakan pertunjukan pentas di Malaysia dan menjadi igauan Dicktracy untuk menjadi opening act?
Sudah semestinya For The Fallen Dreams! atau mana2 band yg merupakan influence kuat kami. 😀

15 – Rick Rubin, Ross Robinson, Andy Wallace.. merupakan antara producer2 yang berjaya mengangkat album2 bergenre berat ke satu level yang membanggakan. Pada pandangan Dicktracy, apakah band2 tempatan juga perlu menggunakan khidmat produser tertentu untuk mendapatkan hasil dan mutu yang terbaek? Mungkin Dicktracy nyatakan antara producer2 tempatan yang dikira mampu menghasilkan impak kepada sesebuah album berkonsep metal di Malaysia.
Sudah tentu. Producer memainkan peranan penting utk menghasilkan kualiti yg terbaik utk sesebuah band. Setakat ini kami hanya pernah menggunakkan khidmat producer independent seperti Nash dan Sendard (The Band Shop) dan kini Ardy (Nu Breax). Dan kami merasakan kedua2nya mempunyai potensi utk menaik taraf kualiti rakaman band2 metal  tempatan khususnya.

16 – Mungkin kami kekurangan info berkenaan Dicktracy, so sebagai kata2 penamat mungkin ada pesanan dari Dicktracy kepada pembaca sesi interview ini? Mungkin album baru, video klip, merchandise atau show2 terdekat untuk di kongsikan?
Kami dalam perancangan menyiapkan sebuah EP utk tahun 2012, dan juga masih dalam proses menyiapkan muzik video “Disconsolate”. Untuk merchandise, kami telah ditaja oleh GRISTLE Malaysia dan Four Five Six Clothing (TBA). Boleh check t-shirt kami di GRISTLE Malaysia Facebook. Untuk update terkini, boleh melayari Facebook kami.

Demikian sesi temuramah kami bersama Dicktracy, band yang bertapa setahun dan muncul bersama single terbaru yang ternyata jauh advance dan modern dari jenisan2 genre metal dan hardcore yang selalu didengari. Bersama ini disertakan preview single terbaru mereka Disconsolate dan kami DtE sertakan bersama link untuk pendengar mengenali band bernama Dicktracy ini. Kita nantikan buah tangan terbaru mereka nanti!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *