Purge The Arbitrator – EP 2012

0

Ok 2012 menyaksikan banyak demo, EP dan album dihasilkan. Ini adalah satu kemajuan yang harus dibanggakan. Juga kemunculan band2 baru yang berkualiti dan berani menghasilkan rakaman dan video untuk menghangatkan lagi industri music tempatan.

Kali ini kami DtE akan mereview sebuah EP yang baru menemui pendengar yang datangnya dari utara tanahair. Purge The Arbitrator yang bermastautin di Pulau Pinang baru sahaja melahirkan sebuah EP mengandungi 4 buah lagu yang lebih kepada genre Death Metal tegar. Boleh dikatakan music garapan mereka diantara technical death hingga ke brutal death metal.

Purge The Arbitrator
Mr. H (Vocals), Blackbeard (Strings), Jackal (Strings), Arbit (Drums)

 Cover artwork oleh Blackbeard

Tracklist
1 – Prime Thief Authority
2 – Purge The Arbitrator
3 – Pain Theory Addiction
4 – Prey Through Allusion

EP ini telah menjalani sesi rakaman di dua buah studio iaitu untuk track vocal dan drums, sesi rakaman dijalankan di The Bandshop Kuala Lumpur manakala gitar, bass, proses mix dan mastering dilakukan di Ork’s Studio.

Prime Thief Authority memulakan sesi pengenalan band ini dengan paduan drum dan riffing yang benar2 gila babi. Penangan Mr H selaku vocalist band ini bersesuaian dengan konsep sebegini. Terdapat juga sedikit selingan bunyian sample di pertengahan lagu.


Purge The Arbitrator (mungkin lagu pasal band ini..haha) sama gila mood nya seperti track pertama. Riffing yang membuatkan terasa seperti dalam tekanan menambah ngeri pada track ini. dari dua track ini nampak benar Purge The Arbitrator merupakan sebuah band death metal yang mengejar kelajuan pada tahap maksima dan tahap teknikal yang diserapkan juga boleh memeningkan kepala.hahaha. Ok boleh gua katakan kot lagu ini ada sikit pengaruh Emperor walaupun ianya bukan berkonsep Black Metal.haha.


Pain Theory Addiction menjadi track ketiga yang menampilkan serangan tanpa belas dari mula hingga akhir. Riffing (gua rasa gitarist band ni buat tapping punya riff) pada durasi 1:08 sehingga 1:11 sebanyak 3 kali dan berakhir pada durasi 1:27 agak menarik kedengaran. Juga solo gitar yang mendayu dijadikan sandaran sebagai kelainan dari track2 terdahulu.


Track terakhir berjudul Prey Through Allusion masih berada ditahap kelajuan dan kegilaan yang sama seperti track2 sebelum. Backup vocal kerap digunakan untuk track terakhir ini. Kesimpulannya track terakhir ini masih sama extreme sama seperti 3 track awal.

Keseluruhan EP ini boleh dibanggakan. Sudah lama sebenarnya gua menanti band2 Penang menghasilkan produk sebegini terutama pakej pro-printed CD beserta cover sleeve yang profesional. Manakala sound rakaman juga membanggakan. Kesemua instrument kedengaran seimbang walaupun stroke2 drum seakan mendominasi keseluruhan EP ini. Apabila mendengar keseluruhan EP ini dibenak gua terfikir mungkin band2 extreme death metal kita seperti Intorment, Dark Regime, Sick Society, dan nama lain yang telah lama berkecimpung dibawah panji Death Metal tanahair perlu menghasilkan rakaman dengan kualiti terbaek sebegini. Mungkin masanya belum tiba untuk band2 tersebut melakukan rakaman bersama kualiti sebegini.

Kepada penggemar music Death Metal yang extreme, tegar dan tepu ini jawapannya. Paduan drum blastbeat, grind tanpa belas, riffing gergaji dan vocal monster bertenaga termaktub didalam pakej EP 4 lagu ini. Untuk mendapatkan EP berharga RM10 by hand dan RM15 ppd (harga mampu beli jika anda mengaku anda support) ini anda boleh menghubungi Purge The Arbitrator melalui laman facebook dan reverbnation mereka yang kami sediakan dibawah preview song dibawah ini. Jangan salahkan mereka jika anda mengalami gangguan pendengaran setelah memutarkan CD ini. Seakan robot bermain music. Hahaha..

Email
Facebook
Reverbnation
Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected