Finntroll – Trollhammaren EP (2004)

2
Gua curi menulis time lunch di pejabat ni hahah.

Anyway, bagi yang kaki dengar Folk Metal mesti sudah terbiasa mendengar music (atau sekurang-kurangnya nama) Finntroll. Kumpulan Folk Metal (yang bercampur baur dengan elemen Black Metal dan rentak Hummpa) Finland ni memang lucu dan brutal pada masa yang sama. Dengar saja dari album Jaktens Tid sampai lah ke album yang terbaru pasti ada je lagu yang boleh bikin lu orang sengih. Kegilaan mereka terhadap troll (dengan mitos dibikin sendiri yakni mengenai Rifvader), sentimen anti-Kristian yang dibawa secara comedic (seperti memakan paderi Kristian), tempo music yang danceable (elemen music Hummpa yang popular di Finland) serta imej yang absurd menjadikan Finntroll sebuah band yang perlu lu orang dengar. Jadi kali ni gua nak review (nak tau pasal diorang sila lah wiki ye) mengenai EP Trollhammaren (bererti Troll Hammer dalam bahasa Sweden. Diorang ni cakap Sweden walaupun duduk dekat Finland) yang diterbitkan pada 2004. EP ni kira teaser ah kepada album Nattfodd (Nightborn) yang melonjakkan nama mereka ke persada Folk Metal antarabangsa.

Ada 5 trek dalam EP ni yakni:

1.Trollhammaren (The Troll Hammer)
2.Hemkomst (Homecoming)
3.Skog (Forest)
4.Försvinn Du Som Lyser (Begone You Who Shine)
5.Hel Vete (Hell…err ke Whole Wheat?-ed)   

dengan line up berikut:

Wilska : Vokal
Routa : Gitar
Skrymer : Gitar
Trollhorn : Keyboard
B. Dominator : Dram
Tundra : Bass

Tapio Wilska bagaimanapun meninggalkan kem Finntroll pada tahun 2006 di atas sebab tertentu. Malang sekali kerana imej Wilska adalah sangat troll (perut boroi, rambut kerinting ketak-ketak, penampilan serba brutish, senang cakap dia memang ikon Finntroll).Berbalik kepada trek-trek di atas, dah tentu la lagu Trollhammaren menjadi sandaran untuk EP ni (dan juga album Nattfodd).


 
Finntroll – Trollhammaren. Memang video yang absurd!
Trollhammaren: Lagu yang menjadi ikon kepada band ni. Sebenarnya gua bukan la paham bahasa Sweden ni tapi rasanya berkisar pasal Tukul Troll dan glorify segala benda yang berkaitan troll la +______+ Weh, it doesn’ really matter ah sebab musicnya memang danceable (bukan moshing atau ala Lady Gaga, cuba bayang menari keliling unggun api tih tih tih). Laju dan lucu, terima kasih dengan keyboard works oleh Trollhorn, yang membawa elemen folk yang kuat ke dalam Finntroll. Buat yang pertama kali dengar, mesti sangka ni band folk tahap biasa-biasa aje, but wait til the guitars and vocal kick in. haha!

Hemkomst: Lagu ni ada feeling dari album Jaktens Tid. Barangkali leftover dari session album sebelum ni kot. Macam biasa temponya laju tanpa belas kasihan diselang seli dengan iringan rentak Hummpa. Menari lagi,adoi. Ada tak gua beritau band ni memang gila beer? Ye band ni tertubuh masa diorang tengah mabuk-mabuk. Memang troll!

Skog: Keyboard di awal lagu berbunyi lucu, macam bunyi trumpet tersumbat. Diorang ni suka main-main ke? Sekali dengar macam ada inspirasi dari soundtrack game Warcraft 2. Tapi track ini forgettable lah.

Försvinn Du Som Lyser: lagu ini adalah re-record dari album Visor Om Slutet (album akustik secara total!) . Malangnya macam tak best seperti versi original. barangkali lagu ni memang sesuai dimainkan di gitar akustik sahaja (versi asal siap ada backing vokal hoi hoi,hand clap dan macam-macam lagi!). Sebab ia ada unsur campfire song yang santai (santai secara troll!). Gua cadang baik lu orang dengar versi asal, lagi menarik.

Hel Vete: Mid tempo sahaja lagu ni. Pun forgettable tiada apa yang menarik. Barangkali gua terpengaruh dengan album Nattfodd dan EP Visor Om Slutet, jadi expectation sedikit tinggi.

Nasib baik album Nattfodd majoriti lagu-lagunya adalah catchy dan best, jadi takdelah kecewa sangat dengan EP ni sebab bagi gua ia hanyalah sneak peek kepada nattfodd. Tapi they should’ve done it better. Ini adalah appearance kedua Tapio Wilska dan dia adalah  troll!

Pros:
– Permainan instruments yang precise
-Keyboard banyak membentuk sound EP ni. Tak pasti bunyian macam akordion dan jew harp yang terdapat dalam EP ni terhasil dari keyboard atau instrument sebenar.

Cons:
-Satu keputusan yang silap untuk membawa versi baru Försvinn Du Som Lyser dalam ni sebab ia memang membazir.
– Satu-satunya lagu yang melekat dalam kepala gua adalah Trollhammaren. yang lain macam filler sahaja.
– They should’ve done it better!

Rating: 6/10

Finntroll boleh dicapai di sini.

2 thoughts on “Finntroll – Trollhammaren EP (2004)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected