VoTW: Grafzerk – Dunkelheit

0
VoTW kembali lagi! Kali ni gua bawakan sebuah one man band yang membawa lagu cover daripada Burzum, iaitu Dunkelheit! Band yang gua maksudkan ini ialah Grafzerk yang berasal dari Belarus. Sebenarnya gua pun tak pernah dengar nama Grafzerk ni, malahan tak pasti samada ia adalah sebuah band yang real atau sekadar one off project. Anyway lagu Dunkelheit ni barangkali adalah lagu Burzum yang paling banyak dicover sekali oleh band-band yang berinspirasikan Burzum, tak kira la band raw Black Metal atau pun dark ambient mahupun band surf (serius ni -ed). Disebabkan terlalu banyak band yang dah cover lagu ni, Dunkelheit somehow sudah hilang nilai eksklusifnya. Jadi Grafzerk muncul dengan approach tersendiri terhadap lagu ini yakni arrangement secara orkestra! Boleh tengok videonya di bawah!
Facts:
-Dunkelheit adalah track pertama daripada album Filosofem yang diterbitkan pada 1996.
-Tajuk asalnya adalah Burzum (yang bermaksud Darkness dalam Black Speech).
-Varg…err barangkali adalah fanboy JRR Tolkien.
-Burzum bakal keluar dengan album terbaru Mac 2011 ini yang bertajuk Fallen.
Sehingga bertemu lagi! Tata!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected