VotW : Batushka “Chapter I: The Emptiness – Polunosznica (Полунощница)” (Official Video)

0

Kemelut dalaman antara pengasas Batushka iaitu Krzysztof Drabikowski dan Bartłomiej Krysiuk vocalist yang diundang untuk rakaman album pertama Litourgiya (2015) menyaksikan batushka telah terbahagi kepada dua. Pertama yang dipimpin oleh Bartłomiej Krysiuk dan Krzysztof Drabikowski juga difahamkan telah selesai proses rakaman untuk material terkini Batushka. Penggunaan nama yang sama ini mengheret kedua2 mereka untuk tuntutan hakcipta. Pun begitu selang beberapa hari Krzysztof Drabikowski mengeluarkan promo terkini lagu ciptaannya yang berjudul “Pecn’ 1”, versi Batushka pimpinan Bartłomiej Krysiuk secara rasminya telah mereleasekan sebuah music video bertajuk “Chapter I: The Emptiness – Polunosznica (Полунощница)” dimana ianya merupakan salah satu track yang bakal terkandung didalam album terbaru mereka berjudul “Hospodi (Господи)”. Album kedua ini akan berada dibawah naungan label besar Metal Blade dan tarikh rasmi release adalah pada 12 July 2019.

Pre-order album “Hospodi (Господи)” yang bakal release pada 12 July 2019 sudah boleh dilakukan melalui LINK INI.

Batushka
Official Website
Facebook
Twitter
Instagram

* Susah jugak sebenarnya nak pilih mana satu batushka yang sebenar, tapi secara ikhlas gua masih menanti Batushka bersama Krzysztof Drabikowski kerana segala idea awal penubuhan, konsep dan segalanya dimulai oleh beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected