Voice Of Tranquility – The Army Of Hades (2013)

0

Kali ini gua cuba mereview sebuah rilisan dari label tempatan iaitu Bhumidhuka Productions yang berpengkalan di Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Cubaan mengeluarkan kembali rilisan band dari negara luar boleh dianggap tindakan berani dari label ini disamping mempromosi music luar ke dalam negara. Voice Of Tranquilty, band bergenre Melodic Death Metal yang ditubuhkan sekitar 2004 ini merupakan sebuah band yang berasal dari Manila, Filipina dan EP pertama mereka bertajuk The Army Of Hades yang rilis pada 3 Julai 2009 telah dikeluarkan kembali oleh Bhumidhuka Productions pada 2013.

Rny Jane Ortega – Vocal
Carl Justine Morales – Gitar
Janjan Molina – Gitar
Migel Fontiveros – Bass
Val Parco Caroche – Drums
Cover artwork dan layout oleh Pexona Design
Tracklist :
1 – Army Of Hades
2 – Warlord
3 – This Is Our Revenge

The Army Of Hades melalui 2 proses rakaman berbeza dimana track pertama dan kedua iaitu Army Of Hades dan Warlord dirakam di Earbender Recording Studio manakala This Is Our Revenge merupakan demo track yang bakal dimuatkan didalam album sulung mereka yang bakal rilis juga pada 2013 dirakam di Tower Of Doom Studio. Kedua2 rakaman mendapat sentuhan Macoy Manuel untuk proses adunan dan mastering.

Army Of Hades bermula dengan intro sebelum riffing yang.. sedikit seakan riffing Nemesis dari Arch Enemy muncul diawal track. Sebuah track yang agak agresif dan masih bermelodi. ngauman vocalist band ini agak power dan menyerlahkan lagi tahap brutal band ini. Ok, gitarwork untuk track ini memang mengagumkan.

Warlord menjadi track kedua yang pada gua masih mengekalkan corak agresif dalam susunan lagu. Ok entah mengapa apabila verse pertama menyusul gua terasa seakan mendengar Lamb Of God melalui riffing yang dihasilkan. walaubagaimanapun lagu ini masih berada pada tahap agresifnya tersendiri.

This Is Our Revenge jika diteliti mungkin mutu rakamannya sedikit tidak mencapai tahap profesional namun ianya terdahulu telah dinyatakan merupakan sebuah demo yang akan dirakam semula secara profesional untuk album penuh mereka. Jika dibandingkan dengan dua track terdahulu, mungkin idea baru diselitkan untuk track ini. Dan jika sebelum ini gua terkesn pengaruh Arch Enemy, namun untuk kali ini adakah Voice Of Tranquility akan tampil dengan music seakan Lamb Of God untuk rilisan2 akan datang?

Dengan membawa konsep Death Metal dan diterajui oleh vocalist wanita, mungkin jika anda sekadar  mendengar, anda akan mengatakan band ini dianggotai oleh line up lelaki. Ya pada gua, tarikan utama Voice Of Tranquility boleh jadi pada growl power dari Rny Jane Ortega yang mungkin juga mengambil inspirasi Angela Gossow (Arch Enemy). Music bawaan Voice Of Tranquility pula agak agresif walaupun bertunjangkan Melodic Death Metal. Riffing dan stroke drum yang padat dan brutal menambah padatkan lagi susunan lagu2 Voice Of Tranquility.

Untuk sound produksi yang dihasilkan ternyata bertaraf profesional dengan tahap bunyi paras terbaek. Keseimbangan untuk mutu bunyi setiap instrument yang dihasilkan juga memuaskan dan diharap dapat dipertingkatkan lagi untuk rakaman album penuh yang bakal menyusul tidak lama lagi.

Dapatkan pakej CD The Army Of Hades dengan format CD pack, keratan lirik beserta sticker yang boleh dibeli dengan harga RM10 dengan berurusan dengan Bhumidhuka Productions melalui link yang kami sertakan dibawah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected