Killer Corpse – Death Rising (EP 2012)

0

Jika sebelum ini Humiliation, Lavatory, Blood Legion menjadi bahan review kami untuk genre Old School Death Metal tempatan, tidak sah rasanya jika nama Killer Corpse tidak tersenarai dalam senarai band2 bergenre sebegini (mungkin Recidivist turut tidak terlepas selepas ini). Tidak juga diketahui sejarah asal penubuhan Killer Corpse kerana secara tiba2 mereka tampil dengan sebuah EP bertajuk Death Rising dibawah label Stoneville Records.

 Khirol (Vocal), Matt (Gitar), Shah (Gitar), Hafiz (Bass), Zalie (Drum)
Artwork design oleh Tonykoehl.com
Tracklist :
1 – Death Rising (Intro)
2 – Doomed To Death
3 – Bloody Massacre
4 – Horror Of War
5 – Raining Blood
6 – Rotting Slowly (Outro)

Death Rising diterbitkan oleh Killer Corpse sendiri. Menjalani proses rakaman di Hotsound Studio, Kuala Lumpur. Ahmad Zahid bertindak sebagai sound engineer rakaman dan turut melaksanakan tugas dalam sesi mix dan mastering.

Death Rising yang menjadi tajuk EP ini merupakan sebuah instrumental yang juga dijadikan intro. Ok, ini intro yang 100% menggunakan alatan music dan tidak mengharap sound sample sebagai intro seperti yang biasa digunakan kebanyakkan band.

Doomed To Death menjadi track bervocal pertama dimana sound Old Skool Death Metal tegar jelas kedengaran. Agak tepu dengan mid tempo namun masih terdapat kreativiti solo2 fill-in diselitkan dibeberapa bahagian riffing.

Blood Massacre agak berlainan apabila bermula dengan agak laju temponya. Attack drum yang agak kental diawal lagu menjadikan kedengaran sedikit menarik untuk headbang. Namun pada suku pertama track kembali kepada mid tempo yang menjadi trademark irama Old Skool bawaan mereka.

Horror Of War bermula dengan stroke drum secara fade in dan apabila instrument lain dimainkan, irama mid tempo kembali menjelma. Sehingga ke track ke 4 ini gua masih boleh berkata solo2 gitar yang dihasilkan menjadi antara trademark yang boleh membezakan Killer Corpse dengan band2 sama genre yang lain.

Raining Blood bukanlah cover song dari Slayer. Haha.. ianya merupakan track bervocal terakhir dari Killer Corpse untuk EP ini. Masih dengan gaya dan mood mid tempo yang simple.

Rotting Slowly menjadi outro yang juga penutup track berinstrumental menandakan berakhirnya EP bertajuk Death Rising ini.

Pada gua sound produksi Death Rising agak bagus dan bersesuaian dengan konsep dibawa Killer Corpse. Nama jurutera bunyi Zahid yang juga terlibat dalam rakaman Humiliation dan juga studio yang sama menjadi tempat rakaman mungkin menjadi antara faktor betapa baeknya kualiti rakaman yang dihasilkan Killer Corpse. Solo2 gitar juga tidak ketinggalan didalam setiap track yang dibawa. Apabila mendengar Killer Corpse, tidak hairan jika dikaitkan dengan Humiliation kerana music bawaan Killer Corpse seakan ada sedikit persamaan kecuali solo2 gitar yang agak bijak digunakan untuk setiap track.

Killer Corpse mungkin alternatif kepada Humiliation, Recidivist, Lavatory, Blood Legion iaitu antara band2 yang mendukung perjuangan Old Skool Death Metal tempatan. Namun untuk katogeri mid tempo, pengaruh seperti Benediction, Bolt Thrower, Obituary tidak dapat dinafikan. Killer Corpse punya cara tersendiri dalam mengekalkan trademark music mereka dan gua harapkan mereka bakal muncul dengan album sulung dan terus menyinari scene Old Skool Death Metal tempatan.

Dapatkan Killer Corpse – Death Rising (EP 2012) dengan harga RM12 by hand atau RM15 by post dengan menghubungi Stoneville Records melalui link2 yang kami sediakan dibawah preview video dibawah ini.

Killer Corpse – Horror Of War

Killer Corpse
Email

Stoneville Records
Email
Website
Facebook

* Kredit imej : TheCloudhunters.com 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected