Resistance – Wrath Of Pain (EP 2012)

4

Untuk kali ketiga gua review CD dari label Earblast Records iaitu sebuah label dari Sabah yang meriliskan beberapa EP dari band2 di sana. Kali ini sebuah band yang membawa genre Melodic Death/Thrash Metal yang menggelarkan band mereka sebagai Resistance pula menjadi habuan review gua. EP bertajuk Wrath Of Pain yang mengandungi 6 buah lagu menjadi pertaruhan band ini. Jika sebelum ini gua mentelaah Vilthrone dan Mortuary Ancestor, kali ini Resistance agak punya kelainan dan ada sesuatu yang gua ingin perkatakan berkenaan EP ini.Sebelum gua bercakap panjang lebar ada baeknya dimaklumkan keempat2 line up band ini merupakan antara anggota dan pernah menganggotai band2 seperti Mortuary Ancestor, Iris, Barbalans dan Mayhemic Destruction.

 Mat – Vocal / Bassist
Sammy – Guitaris
Rif – Guitaris
Nie – Drummer

Tracklist :
1 –  Fallen Of The Flesh
2 – Farewell Dreams
3 – Kneel Before Me
4 – Land In Red
5 – Dead Wander
6 – Wrath Of Pain

Wrath Of Pain melalui proses rakaman di Chromatic Studio Sandakan Sabah sekitar Ogos 2012. Suistro bertindak sebagai sound engineering untuk rakaman dan turut bertindak dalam proses mixing. Resistance bertindak sebagai penerbit untuk EP ini.

Fallen Of The Flesh untuk pertama kali mendengarnya sudah membuatkan gua teringat akan Dimension Zero berikutan riffing yang menggunakan full chord2 bermelodi. Dengan hentakan drum yang kearah Thrash Metal jelas seakan Resistance ingin menunjukkan bahawa irama sebegini adalah trademark bawaan mereka. Ok, untuk pertama kali mendengar kedengaran agak unik suara vocalist band ini yang kedengaran seperti apa yang selalu didengari dari vocalist2 band bergenre Black Metal. Ermm main solo gitar agak kreatif dan lari dari solo2 kebiasaan. Cuba dapatkan CD ini dan dengarkan apa yg gua katakan ini. dari lagu pertama nampak seakan band ini mementingkan music yang berkualiti dan pada gua mereka memang pemuzik yang tahu dan faham apa itu music.

Farewell Dreams menjadi track kedua dimana riffing bermelodi yang agak tipikal didengar untuk band2 yang membawakan genre melodic namun…ya perlu diperhatikan guitarline nya yang bijak mempelbagaikan corak permmainan dalam progression chord yang digunakan. Idea yang patut dipuji. Progression chord yang tipikal namun kedengaran catchy. Mungkin itu yang boleh gua simpulkan. Dan seperkara lagi efek Wah wah bukan sekadar untuk blues BB King. Resistance bijak mengolahnya. Haha.

Kneel Before Me jika gua katakan ada bau2 Inflames lama mungkin tidak menjadi kesalahan kerana memang music seumpama ini tidak dapat lari dari elemen2 melodic dari progression chord yang digunakan. Bijak dalam mengembangkan note2 dalam riffing membuatkan lagu2 mereka tidak mudah bosan apabila mendengarnya. Riffing feel in yang kreatif dapat didengar kerapkali diselit dicelah2 riffing yang dimainkan.

Land In Red walaupun bermula dengan tempo agak mendatar namun perubahan riffing ketika verse pertama sangat mengagumkan sehingga riffing2 berbau Dimension Zero dapat gua hidu pada suku pertama lagu. Boleh juga gua katakan pengaruh At The Gates turut dapat dihidu dalam olahan riffing gitarnya dan stroke drum nya.

Dead Wander juga perlu diperhatikan corak permainan gitarnya dari riffing yang berbunga2. Hahaha.. Melodic yang agak catchy terutama ketika pertukaran riffing dipertengahan lagu berjaya dimainkan dengan solid sekali. Pengaruh untuk lagu ini gua rasa datang dari Inflames lama. hahaha..

Wrath Of Pain yang merupakan tajuk bagi EP ini masih menggunakan formasi seperti lagu terdahulu. Cuma agak catchy pada chorus lagu dan solo2 yang disertakan ketika vocal mengalunkan nyanyian.

Secara keseluruhan gua beranggapan Resistance perlu diberi peluang dalam kancah music berat tempatan. Mereka punya bakat dalam penghasilan lagu2 yang catchy dan kredit utama gua rasa perlu diberi kepada gitarist yang bijak, kreatif dan punya banyak idea dalam mengembangkan note2 yang digunakan dalam setiap riffing yang dihasilkan. Sebuah nama baru yang pada gua perlu diberi perhatian pertama kerana bakat dan kedua chemistry yang dapat gua dengar dari penyampaian lagu2 yang dihasilkan.

Mungkin boleh gua katakan apabila mendengar CD ini pengaruh paling kuat mungkin datangnya dari Dimension Zero. Jika diteliti riffing2 yang dihasilkan jelas sekali pengaruh Dimension Zero agak kuat dapat dihidu. Juga gua nak katakan bahawa band ini punya idea2 yang banyak jika anda betul2 menghayati kesemua lagu2 yang terdapat didalam CD ini. Gua harapkan Resistance akan terus kekal lama dan menghasilkan material yang lebih power untuk masa hadapan dengan peningkatan dari segi sound produksi agar ia dapat mengangkat scene metal Sandakan yang makin mengancam! Hahaha.. Dan perlu gua ulangi Resistance adalah pemuzik yang benar2 mencipta music (mungkin ayat gua ni hanya mereka yang mempelajari music akan faham..)

Dapatkan Resistance – Wrath Of Pain (2012) dengan harga RM15 melalui pesanan pos dengan menghubungi Earblast Records melalui link yang kami sediakan dibawah.

Email
Facebook
Reverbnation
Earblast Records

4 thoughts on “Resistance – Wrath Of Pain (EP 2012)

  1. band melodic death metal baru yang best.. guitar solo memang maut dalam e.p ne.. rekomen abis untuk peminat melodic death metal.. sammy guitarist band ne merupakan line up band mayhemic destruction iaitu sebuah band death metal lama dari sandakan yang telah wujud sekitar tahun 90an.. manakala rif pula merupakan bassist untuk band mortuary ancestor iaitu band death metal lama yang juga berasal dari sandakan.. mortuary ancestor amat aktif dalam meriliskan material..

  2. itu sebabnya kami ada tulis agar band ini diberi ruang untuk diketengahkan.. setiap lagu punya banyak idea diselitkan.. punya harapan yang cukup cerah!

  3. oh ya, dapatkan jugak ep terbaru bertajuk "extinction and wretchedry" dari necromation jika belum dapat.. necromation merupakan band death metal yang berasal dari beaufort sabah, mereka pernah meriliskan 2 demo sebelum e.p terbaru mereka keluar.. e.p terbaru mereka di riliskan oleh earblast rec.. amat berbaloi untuk dimiliki!! totally rekomended for floridian death metal maniaks!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected