Vixenta/Elcrost – Vixenta/Elcrost [Split, 2021]

0

Ini antara split EP Black Metal 2021 kegemaran saya. Dua band dari dua negara berbeza, Vixenta dari Australia dan Elcrost dari Vietnam. Menariknya, kedua-dua band ini memainkan stail Black Metal berbeza. Vixenta memainkan Black Metal dengan sentuhan Post dan Shoegaze yang melambung-lambung jiwa manakala Elcrost berfokus kepada Melodic Black Metal. Split EP ini dikeluarkan oleh House of Ygra, sebuah label yang baru dimulakan berasal dari Vietnam. Please give them a follow.

Elcrost memulakan dengan trek Hunters of Dawn and Eventide. 2 minit pertama menampilkan permainan gitar akustik yang mengingatkan saya kepada Vàli lantaran feel folk yang menonjol. Kemudian tetiba Black Metal pula barge in. Saya cukup menyukai pertembungan dua style ini kerana ia tidak kekok. Stail Elcrost mengingatkan saya kepada Ulver, Agalloch dan somehow ada feel Langsuir era Eastern Cruelty. Bermelodik dengan sentuhan sombre mengawangi di trek pertama. Trek kedua Calendula kaya dengan bedilan riffs bermelodi yang sekali lagi mengingatkan saya kepada Langsuir tetapi dengan vokal yang menderam. Good stuff!

Vixenta mengambil giliran dengan trek Phantom Blood yang sorrowful tetapi penuh kemarahan. Ini diterjemahkan dalam stail Depressive Post-Black Metal berinspirasikan Austere dan Woods of Desolation. Memang terbawa-bawa perasaan dengan paduan instruments yang memainkan riffs sedih. Trek penutup split EP ini, The Sorrowful Screams of a Thousand Wicked Souls pula mendemonstrasikan feel yang pelbagai daripada opening sedikit proggy, kepada Post-Black Metal yang harsh, namun masih menyelitkan feel sedih dan hopeful. Split EP ini menonjolkan kehebatan kedua-dua band yang berada di spektrum Black Metal yang berbeza dan masing-masing tidak outdo each other. Daripada songwriting yang kukuh dan execution yang flawless kepada feel yang mantap, split EP ini adalah must have jika anda nak teroka stail Black Metal yang berbeza dalam satu terbitan. AOTY? Mungkin!

Vixenta/Elcrost kini terdapat dalam format muat turun digital.

FFO: Ulver, Agalloch, Langsuir, Vàli, Austere, Woods of Desolation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected