Virginia On Duty – Curse (EP 2013)

0

Dari apa yang gua kaji band bernama Virginia On Duty ini telah ditubuhkan sekitar 2005. Terlibat didalam beberapa split selepas melahirkan 2 material pada 2007 dan 2009. Dengan membawa konsep emo-violence, gua terpanggil untuk membuat sedikit review pasal band ini setelah mentelaah material terbaru mereka iaitu Curse (EP 2013). Trio yang dianggotai oleh Saffiudin, Azedan dan Samsul ini pada gua agak bijak menghasilkan music yang sedih, suram dan meresahkan. Ok, ayuh baca sedikit review dari gua pasal EP ini.

Artwork dan layout oleh Syahir

Tracklist

1 – Curse
2 – Black Mountains
3 – Regret
4 – Cephalus
5 – Deception

Curse (EP 2013) melalui proses rakaman di Green House Studio oleh Tom Bollocks. Proses adunan dan mastering dilakukan oleh Shafeeq Jibin. EP ini dikeluarkan oleh dua buah label iaitu Quiet.Still.Dead Records dan Chronic Crony Collective.

Curse bermula dengan intro sample percakapan yang meleret sehingga seminit sebelum music menyerang. Apa yang boleh gua tafsirkan melalui track pertama ini jelas band ini bijak menghasilkan riffing yang punya emosi kacau bilau. Cukup pakej dengan cara nyanyian yang nyata sekali melepaskan segala kemarahannya.

Black Mountain pula tanpa sebarang tanda terus menerpa seakan penumbuk hinggap dimuka. Haha.. masih punya mood seperti track pertama.

Track paling pendek durasinya ini bertajuk Regret. Tanpa sebarang belas, namun gua rasa x puas pula sebab pendek sangat.

Cephalus gua rasa merupakan track pilihan gua. Starting yang punya hook menarik. Track ini juga gua rasa paling bermelodi kalau di bandingkan dengan track2 terdahulu. Mood yang dihasilkan betul2 buat gua rasa resah.. Hehe..

Track terakhir iaitu Deception ni gua nampak boleh tahan jugak. Idea pun banyak macam track ke 4 tadi.

Kesimpulan yang boleh gua katakan berkenaan Curse (EP 2013) ini ialah, Virginia On Duty merupakan sebuah band emo yang cukup bijak dalam menghasilkan karya (lagu) yang pada gua punya mood yang sangat tertekan, meresahkan seakan penuh dengan segala emosi berkecamuk. Gua juga cukup suka apabila mendengar karya yang lengkap pakejnya dari segi lirik dan komposisi lagu yang matching dan beremosi begini. Union of Uranus dan Orchid adalah antara band yang dinyatakan membawa pengaruh kepada music mereka.

Untuk sound production, mungkin untuk keluaran akan datang Virginia On Duty boleh mempertingkatkan lagi mutu bunyi yang dihasilkan. Bukan menidakkan mutu bunyi material ini, tetapi mungkin ianya boleh diupgradekan lagi untuk penghasilan mutu bunyi yang lebih power!

Ok, Curse hanya dihasilkan dalam format kaset dan boleh diperolehi dengan harga RM7 by hand. Untuk urusan pembelian anda boleh hubungi link2 yang disertakan dibawah preview song ini. Sekian.

Virginia On Duty
Email
Facebook
Bandcamp

Quiet.Still.Dead Records
Email
Facebook

ChronicCronyCollective
Email
Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected