Vægtløs – Kakofoni [EP, 2022]

0
Vægtløs Kakofoni

Vægtløs adalah nama yang asing untuk saya memandangkan saya mempunyai almost zero knowledge tentang muzik Metal dari Denmark kecuali beberapa band besar. Apabila saya menerima debut EP mereka Kakofoni (yang dikeluarkan mereka sendiri), saya jadi curious dengan stail muzik mereka yang diletakkan sebagai Post-Black Metal, Post-Hardcore, dan Blackgaze. Obviously ketiga-tiga stail ini saling bertindan dan berkongsi banyak persamaan tapi macam mana Vægtløs terjemahkannya dalam bentuk muzik?

Berkisarkan tema kehilangan dan menghadapi kehilangan, Kakofoni sebenarnya cuba tackle subject yang personal dan berat yang cuba diterjemahkan dalam bentuk muzik.

Hanya 2 trek dihidangkan dalam EP ini dengan durasi yang agak panjang; rata-ratanya lebih daripada 6 minit. Berkisarkan tema kehilangan dan menghadapi kehilangan, Kakofoni sebenarnya cuba tackle subject yang personal dan berat yang cuba diterjemahkan dalam bentuk muzik. Anda akan mendapati sound dan stail Vægtløs yang berdesing dan raw, seakan luahan jiwa yang penuh cathartic dan desperation.

Dengarkan vokal yang meraung pedih sampai naik serak, tone gitar dan dram yang kotor, manakala songwriting mencerminkan kesedihan yang tak tertanggung melalui melodi yang hiba dan menerima takdir.

Dengarkan vokal yang meraung pedih sampai naik serak, tone gitar dan dram yang kotor, manakala songwriting mencerminkan kesedihan yang tak tertanggung melalui melodi yang hiba dan menerima takdir. Kalau ikutkan, saya mendengar lebih banyak elemen Screamo (kecuali less maniac daripada standard Skramz) berbanding Post-Metal, terutamanya di trek pertama, Når de ord, vi har brug for skyder op af sig selv, får vi en ny sang. Trek kedua,  Livet har så mange farver, lad os se dem alle (aduh punya panjang tajuk lagu!) menampilkan elemen Post-Metal dan Blackgaze yang lebih prominent dengan tremolo picking dan backbreaking riffs. 

Kakofoni is a hole in the heart that left you feeling less complete after a life-changing event.

Syaa berpendapat Kakofoni memang dirakam dan diadun secara hodoh dengan sengaja untuk menunjukkan raw honesty dan feelings yang vulnerable, which again, goes back to the central theme of the EP. Ia bukanlah terbitan Blackgaze/Post-Metal yang selalunya toy with your emotions melalui feel melambung-lambung ke langit dengan harapan dan cheerful thoughts. Ini adalah the complete opposite of that, it’s the acknowledgment that something important and close has been taken away from you. Kakofoni is a hole in the heart that left you feeling less complete after a life-changing event. It’s devastating, but you have to move on, and Kakofoni is the manifestation of anger, frustration and sadness you feel before moving on with life. Now excuse me, saya nak crawl under the comforter and cry.

Kakofoni kini terdapat dalam format kaset, piring hitam dan muat turun digital.

FFO: Deafheaven, Together to the Stars, Oathbreaker, And Now the Owls 

Ikuti Vægtløs di sini:

Instagram

Facebook

Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected