Under the Ground Necro’pilation Part 1 – North Borneon Assault (2016)

0

Gua agak ketinggalan untuk mendengar sebuah kompilasi hebat dari Sabah ini. Under the Ground Necro’pilation Part 1 – North Borneon Assault (2016) release pada pertengahan 2016 dibawah label Kimar Records. Berformat agak old skool iaitu dalam versi tape (limited 300 copies sahaja), kompilasi ini menampilkan band2 dari Sabah iaitu Floodzild (Papar), Tormentor (Tenom), Madbullet (Lahad Datu), Infelicity (Papar), Sepulcher (Lahad Datu), Multicolour Shit Eater (Kota Kinabalu), Disobeyed (Tawau), Inside (Kota Kinabalu), Nihilist Volcanic Terror (Tuaran), Zoghnity (Tawau). Sesuatu yang menarik berkenaan kompilasi ini adalah ianya menampilkan kepelbagaian genre dari Speed Metal sehingga Black Metal. Kompilasi ini juga bagi gua menampakkan beberapa bakat dari Sabah yang perlu diberi perhatian kerana mereka punya potensi untuk pergi lebih jauh jika dilihat dari komposisi penulisan juga bakat permainan muzik mereka.

Artwork oleh Hisham Jaimie (Hishammer Art)
Tracklist :
SIDE A
1 – Floodzild – Sound of All Evil
2 – Tormentor – Kelibat Bangsat
3 – Madbullet – Kill or Die
4 – Infelicity – Suicidal Disease
5 – Sepulcher – Born from Dead
SIDE B
6 – Multicolour Shit Eater – Necrolust
7 – Disobeyed – Deathless Vengeance
8 – Inside – Eternal Hate (Til’ Death)
9 – Nihilist Volcanic Terror – Armageddon Celebration
10 – Zoghnity – Hellzogher
11 – Outro

Kesemua track dari setiap band melalui proses rakaman di beberapa studio sekitar Sabah. Proses mastering di lakukan di Route88 Studio, Papar Sabah.

Sesuatu yang menarik apabila tape ini dimainkan adalah ianya dimulakan dengan irama Speed Metal oleh band Floodzild. Nama yang agak jarang didengar namun gua boleh katakan Floodzild perlu terus wujud kerana ini adalah band yang punya bakat besar. Permainan gitar yang berapi, vocal high pitch, bass yang lemak dan paduan drum yang padu dan tangkas. Pengaruh paling besar dapat dihidu disini ialah Helloween!

Tormentor, anak muda pejuang Old Skool Thrash Metal makin meniti di bibir peminat2 Thrash Metal amnya. Track Kelibat Bangsat ini turut diselit didalam EP terbaru mereka Blasting Torment keluaran Hellforce Records. Pasti ramai berpendapat seperti gua, Tormentor perlu diberi perhatian dan pasti juga ramai yang menanti buah tangan terbaru dari mereka.
Email
Facebook

Madbullet pada gua antara band paling gerek dalam kompilasi ini. Dari tajuk track berjudul Kill or Die sudah jelas menampakkan betapa semangatnya Madbullet. Mereka membawa genre Thrash Metal yang diberi sedikit suntikan Punk. Rancak dan pasti havoc jika lagu ini dibawa untuk persembahan live. Sama2 kita nantikan hasil terbaru dari Madbullet.
Email

Infelicity paling mengejutkan gua apabila music mereka tidak tumpah seperti At The Gates dan Dismember. Track berdurasi 4 minit 5 saat ini seakan tidak puas apabila mendengarnya. Difahamkan mereka bakal menghasilkan sebuah EP bertajuk “Existence of Misery”. Agak teruja dan mengejutkan dengan bakat yang ada pada band ini. Diharap mereka akan menjadi band yang serius dan mampu memberi saingan kepada band2 seangkatan seperti Herriot, Blind Terror dan InCries. Ok sebelum terlupa track ini menggunakan sesionist untuk posisi vocal. Dinyatakan Ep yang bakal dikeluarkan akan menggunakan vocalist sebenar.
Email
Facebook

Sepulcher berada dalam landasan Death Metal yang agak agresif namun tetap dalam susunan yang Old Skool. Jika diamati music Sepulcher lebih menjurus kepada Swedish Death Metal ala Dissection dan Unleashed.
Email

Multicolour Shit Eater atau M.S.E adalah duo gila yang memainkan genre Grindcore. Paling gila M.S.E adalah band tanpa pemain gitar. Hanya pekikan vocal, bass berdistorsi dan hentaman drum membuta tuli. Dinyatakan juga M.S.E dalam perancangan mengeluarkan material terbaru.
Reverbnation

Disobeyed tidak perlu diperkenalkan lagi terutama di Borneo. Mereka telah menghasilkan sebuah album penuh pada 2015 bertajuk ‘Extermination Enthroned” dibawah Earblast Records dan sebuah EP bertajuk “Warpokalypse Raid” pada 2016. Untuk kompilasi ini mereka telah merakamkan sebuah lagu baru bertajuk Deathless Vengeance. masih dengan konsep Black/Death Metal ternyata Disobeyed semakin menggila dengan track terbaru ini. Satu nama yang harus diberi perhatian.
Email
Facebook

Inside satu lagi nama yang agak kuat yang mana jugak antara pejuang Black/Death Metal. Frontmen band ini merupakan owner kepada label Kimar Records. Juga merupakan rakaman terbaru berjudul “Eternal Hate (Til’ Death)”. Sesuatu yang menarik berkenaan track ini ialah ianya didefinisikan sebagai reject track dan hanya boleh didapati dalam kompilasi ini.
Email

Nihilist Volcanic Terror atau N.V.T yang telah menghasilkan sebuah EP pada 2016 tampil dengan track terbaru bertajuk Armageddon Celebration. Juga punya konsep Black/Death Metal, N.V.T jelas membuktikan mereka band yang gila mengejar kelajuan. Black/Death Metal yang kelam, ganas dan tanpa sebarang belas kasihan.
Email
Facebook

Zoghnity yang berpaksikan Black Metal menjadi band penutup kepada kompilasi ini. Memainkan track yang terkandung didalam EP2016 Hellzogher (Devil Seed), mereka semestinya antara bintang hitam terbaru yang agak kejam dipentas. memainkan Black Metal dengan kelajuan tinggi adalah rencah music ciptaan mereka.
Email
Facebook

Secara keseluruhan boleh dikatakan Under the Ground Necro’pilation Part 1 – North Borneon Assault (2016) merupakan antara kompilasi yang bagus dan rata2 band yang terlibat adalah underrated selain beberapa nama yang sudah menggila di Borneo seperti Inside dan Disobeyed. Gua paling tertarik dengan bakat2 band yang kurang dikenali seperti Floodzild yang ternyata punya bakat dan skill yang bagus dalam permainan mereka. Speed Metal bawaan mereka memang ada class! Juga Tormentor yang seperti disebut diawal tadi yang menjadi sebutan namun band paling mengejutkan dan menjadi buruan gua selepas ini ialah Infelicity. Mereka ada ramuan yang meletakkan mereka dilandasan Swedish Death Metal. Sesuatu yang tidak terduga dengan hasil karya mereka untuk kompilasi ini. Juga Madbullet yang juga punya sesuatu yang perlu ditunggu dari mereka.

Ok, gua tak pasti adakah tape ini masih boleh diperolehi. Sila email Kimar Records untuk pertanyaan copy anda. Ini satu kompilasi yang bagus dan dibarisi band2 yang juga berbakat besar. Support!!!!

Kimar Records
Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected