Ulterior Decimation – Maelstorm of Debauchery (EP2017)

1

Ini satu release yang agak monster dan menggila untuk genre Death Metal tempatan untuk 2017. Trio yang menamakan Ulterior Decimation sebagai nama rasmi mereka ini sebenarnya telah wujud sekitar 2002. Menghasilkan demo pertama pada 2005 yang hanya mengandungi 2 buah track dan seakan projek ini sedikit hibernate sebelum rakaman terbaru dilakukan pada 2010. Material tersebut telah terperam sekian lama sebelum Gedebe Rekords tampil sebagai label yang bertanggungjawap mengeluarkan rakaman tersebut pada 2017. Maelstorm of Debauchery (EP2017) adalah sebuah masterpiece untuk pendokong2 Death Metal sebenar! Sebagai mukadimah terakhir, perlu juga diberitahu 3 line up ini adalah individu2 yang sedang dan pernah terlibat bersama band2 seperti Impiety, Humiliation, Break The Silence, Innards Decay, Arbitrary Element, Bilharzia dan banyak lagi. Ok teruskan dengan kegilaan lain untuk review dibawah.

Artwork oleh Rudiyanto Gorgingsuicide Art
Logo oleh Kris Verwimp
Layout oleh Azrin Moondusk
Tracklist :
1 – Maelstorm of Debauchery
2 – Indoktrinasi Dendam
3 – Hatin XI-78
4 – Hannibal
5 – Aku, Pemusnah

Maelstorm of Debauchery (EP2017) melalui proses rakaman di Studio 47, Singapore sekitar 2009 sehingga 2010. Pemain gitar Impiety iaitu Nizam Aziz bertanggungjawap dalam hal ehwal rakaman, engineer dan mastering. Ulterior Decimation bertindak sebagai penerbit material ini.

Track pertama Maelstorm of Debauchery ternyata dari awal tidak memberi sebarang ruang kosong dengan kepadatan riffing dan hentakkan drum yang pantas dan laju. Track berdurasi 2 minit 6 saat ini ternyata cukup keras, brutal dan penuh kegilaan tahap maksimum. Cukup lengkap segala perisa untuk dinobat sebagai Death Metal.

Indoktrinasi Dendam apabila menggunakan lirik dalam bahasa Melayu ternyata ianya sudah kedengaran seakan mendengar material2 dari negara jiran Indonesia yang cukup terkenal dengan irama Death Metal keras sebegini. Ok, sepanjang menghayati track ini, gua tak nampak sebarang kecacatan dari segi “diction” dari penyampaian vocal oleh A.P Filthgrindz. 

Track ketiga Hatin XI-78 masih dalam kegilaan seperti apa yang dilakukan dalam 2 track awal. Masih menggunakan bahasa ibunda sebagai lirik, ternyata ia nya masih dalam permainan instrument yang penuh kelajuan. 

Hannibal terus-terusan menggila dengan ketepuan Death Metal nya dari segenap segi. Mungkin ini salah satu track paling gila terhasil antara 5 track untuk EP ini walaupun adakala kedengaran sedikit riffing yang kedengaran bermelodi. Menghampiri suku terakhir lagu, ada sesuatu yang menarik dihasilkan Ulterior Decimation. Kalau nak tahu sila grab CD ni.

Track penutup Aku, Pemusnah adalah track yang mungkin gila dari segi penghasilan dan permainan riffs dan stroke drum yang penuh blastbeat. Gila dan segilanya!

Perghhhhh!!!!! memang gila dan penat gegendang telinga menahan seksaan dari bunyi-bunyian dari CD ini. Setakat ini, adakah benar kalau gua katakan Ulterior Decimation untuk Maelstorm of Debauchery ini sebuah produk Death Metal tempatan yang paling cuba melawan kemampuan manusia dari segi permainan instrument dan penghasilan musicnya? Jawapan gua dan anda mungkin berbeza tapi untuk 2017, ini satu product Death Metal dari Malaysia yang paling patut mendapat pujian paling tertinggi. Penelitian paling tinggi perlu dibuat sepanjang Malaysia berada dalam arena music gelap, ada atau tidak muncul band memainkan music Death Metal gila sebegini?

Dari segi sound produksi, gua rasa tidak perlu disangkal lagi dan pujian harus diberi kepada Nizam Aziz dari Studio 47, Singapore kerana bertanggungjawap menghasilkan rakaman, mix dan mastering yang cukup bagus dan gua pasti EP ini boleh jual di negara luar tidak kira Asia mahupun Eropah.

Kepada penggemar Death Metal tahap kelajuan tertinggi, melawan kemampuan manusia dan cuba2 menjadi robot, ia antara produk wajib dimiliki anda. Satu hasil pecah kepala dan agak rugi ianya hanya dikeluarkan 7 tahun selepas ianya dirakam. Mungkin ianya boleh membuka mata dunia dan memberi saingan lebih sihat dikalangan band2 tempatan jika produk ini dikeluarkan 7 tahun dahulu.

Penggemar Nile, Deeds of Flesh, Hate Eternal jangan beralasan untuk mendapatkan Maelstorm of Debauchery (EP2017) ini dengan harga RM15 by hand atau sertakan RM7/RM10 untuk kos penghantaran Semenanjung atau Sabah/Sarawak. Hubungi Gedebe rekords melalui email dan facebook yang kami sediakan dibawah. Peringatan terakhir, berhenti jadi pendengar Death Metal jika copy Maelstorm of Debauchery tidak berada di tangan anda!!! Recommended!!!

Gedebe Rekords

Email
Facebook

* Gua harap Ulterior Decimation boleh jadi band yang serius dan mampu menghasilkan album pada masa akan datang dan usia band ini panjanglah hendaknya.. (editor)

1 thought on “Ulterior Decimation – Maelstorm of Debauchery (EP2017)

  1. Blog ni banyak kenalkan aku kat muzik dan band aku tak tahu.
    Akhirnya game baca two months worth of postings.
    Tysonn tu… aku tertarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected