Turtle Jr – Bintang Mati (2008)

0

Orait.. sebelom gua menulis gua nk minta maaf kerana tidak dapat menulis utk DtE kira2 3minggu jugaklah kerana gua terpaksa pulang ke utara kerana bertukar kerja. Dan e-zine ini terpaksa dikendalikan secara berseorangan oleh rakan gua A is for Anomaly. Ok, kali ini gua ingin memperkenalkan 1 lagi band dari tanah seberang (Indonesia) yang membawa genre Punk yang bercampur baur Hardcore serta sedikit perasa Crusty.. Band yg gua maksudkan ialah Turtle Jr.

Turtle Jr – Adi – Vocals, Badick – Guitars, Boodfuck – Bass, Boentar – Drums
Berikut pula andalah rilisan2 yang dihasilkan mereka.
Berbalik kepada rilisan ke4 mereka iaitu Bintang Mati, ianya antara rilisan yg terbaek pernah gua dengar dengan rakaman yg profesional dimana kesemua instrument jelas kedengaran mengenepikan sound raw seperti diawal kemunculan mereka dahulu. 
Bintang Mati (2008)
Tracklist :
1. Bakar Bendera
2. Bebaskan
3. Smash Goverment
4. War Is Hell
5. Crash Out
6. Fucking Money
7. Gila
8. Love Dead
9. Senioritas
10. Bintang Mati
Jika dilihat pada tajuk lagu pasti anda dapat menggambarkan betapa “rebel” nya Turtle Jr, apatah lagi jika menghayati liriknya. Lagu pertama sahaja sudah cukup membuatkan anda terasa aura Punk yang mengalir ditubuh line up band ini. Namun begitu rata2 lagu didalam album ini berdurasi 1 ke 2 minit sahaja malah track pertama “Bakar Bendera” hanya berdurasi 58 saat. Ia nya bersesuaian dengan konsep music sebegini yang straight forward serta tidak menunjuk2.
Dari segi music pula album ini bukanlah sebuah album punk yg melulu kerana terdapat lagu2 yang disertakan solo pada lagu2 nya. Walaupun agak simple namun solo2 yang dihasilkan mereka sekali lagi bertepatan dengan konsep keseluruhan band ini. 

Bakar Bendera (Feat Tekuy Errorbrain and Ebby Kontrasosial)

Ok, kepada mat punk diluar sana yang mahukan music agresif dan muak dgn Exploited barangkali, gua sarankan cuba lah garapan dari Turtle Jr.
Anda boleh mengenali mereka melalui laman myspace mereka dibawah ini..
Kredit :
– Imej dari myspace Turtle Jr
– Video dr Youtube

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected