Tornekrone – Det Er Ingenting Annet [Demo, 2021]

0

Tornekrone adalah projek solo Raw Atmospheric Black Metal dari Rusia yang telah mengeluarkan demonya pada 2020 berjudul ‘Det Er Ingenting Annet’. Pada tahun 2021, Northern Silence Productions bertindak mengeluarkannya semula dalam format fizikal.

Det Er Ingenting Annet sebenarnya boleh jatuh dalam kategori Dungeon Synth lantaran output sulungnya berat dengan permainan synth/keyboard. Seperkara lagi, anda akan mendapati kualiti rakaman Tornekrone sangatlah buruk dan mendap, seakan demo Black Metal dirakam pada era 90an menggunakan tape recorder. Hasilnya; output yang bergema, terkebelakang dan terkemut. Say tak pasti sama ada Tornekrone intentionally buat sebegini atau takde bajet, namun surprisingly I like it. Ia memberi feel yang necro, old school, mysterious dan darkly romantic. At one point, memandangkan efek synth/keyboard digunakan berbunyi seperti berkualiti rendah (atau memang rakaman bertaraf dirakam pakai kentang), terasa macam soundtrack game SNES di era 90-an. Mungkin saya berbunyi mengutuk hasil demo Tornekrone, tetapi sejujurnya saya menyukai hasil buruk sebegini. It’s so badly recorded/produced yet so good. Juga berbunyi nostalgik, apatah lagi dengan tape hiss yang kedengaran jelas. Satu lagi, saya tak pasti sama ada vokalis menjerit atau whispering, memandangkan mix yang deliberately hodoh.

But honestly, ini berbunyi seperti era band-band Black Metal Norway yang baru nak keluarkan demo; lo-fi, amatur, tapi penuh dengan visi dan idea yang gempak. Pada saya dengan memilih sound necro sebegini, Tornekrone sebenarnya menjadikan hasil mereka lebih unik daripada kebanyakan band Black Metal (actually hibrid antara Black Metal dan Dungeon Synth) di luar sana. Saya memuji melodi-melodi yang dihidangkan cukup melankolik, sayu dan dingin. Ini menambahkan lagi nilai dengar semula demo ini. Dengarkannya hari ini!

Det Er Ingenting Annet kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: early Dimmu Borgir, Lustre, Summoning

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *