Seth – La Morsure du Christ [Full Length, 2021]

0

Veteran Black Metal Perancis kini kembali dengan album terkini setelah hampir 7 tahun tanpa terbitan utama. Album berjudul ‘La Morsure du Christ’ ini diterbitkan melalui Season of Mist yang disifatkan sebagai return to form. Saya pun tak faham amenda pulak tu, memandangkan ini kali pertama saya mendegar material Seth.

La Morsure du Christ menawarkan 7 trek berperisa Black Metal yang menggigit dengan sentuhan melodic Black Metal secukupnya. Sebenarnya, it’s pretty much like mid-90s Black Metal yang utilize banyak permainan bermelodik dan brutal. Plenty of memorable riffs dalam album ini dan saya memang enjoy habislah walaupun Seth tak menawarkan apa yang baru pun. It’s a nice, violent Black Metal dengan production quality yang gempak (untuk standard Black Metal). Saya boleh dengar pelbagai elemen tambahan seperti keyboard, koir dan gitar akustik menghiasi trek ke trek, melengkapi feel melodic yang sepatutnya.

Macam saya cakap tadi, ini kali pertama saya mendengar Seth, jadi saya memang tangkap layan habis la La Morsure du Christ ini. Tak susah nak get into album ini memandangkan form lagu dan melodi dihidangkan mudah dihadam serta diingati. Trek-trek seperti Métal Noir, Hymne au Vampire (Acte III), dan Les Océans du Vide cukup memorable sekali dengan riff-riff bombastik, thunderous drumming dan arrangement yang mantap. Album ini sekarang antara yang kerap saya putarkan dan berpotensi menjadi album tahun 2021 pilihan saya. Setuju atau tidak, anda kena dengar sendiri.

La Morsure du Christ kini terdapat dalam format CD, piring hitam, dan muat turun digital.

FFO: Kvis, Abigor, Enthroned, Sargeist

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected