Tombstoner – Descent to Madness [EP, 2020]

0

Geng Death Metal dari New York, AS baharu sahaja mengeluarkan buah tangan sulung mereka iaitu Descent to Madness melalui Redefining Darkness Records. Untuk sebuah band yang ditubuhkan kurang daripada setahun, kualiti EP ini cukup mengagumkan dengan menjanjikan yang Death Metal akan terus relevan.

Descent to Madness adalah terbitan yang mengambil rujukan daripada pelbagai genre. Ada OSDM, Grindcore, Thrash dan Hardcore Punk antaranya. Saya kira ini takdelah original sangat memandangkan banyak dah band memainkan stail OSDM bercampur Hardcore terutama 2-3 tahun kebelakangan ini. Tapi taklah bermakna ia tak masyuk dilayan. Adakah ini gelombang baharu Death Metal yang utilize tone berkerak dengan sentuhan Hardcore? Saya tak pasti, tapi saya sukakan sound sebegini.

EP 5 lagu ini terasa agak pendek dengan permainan yang tight dan takde nak rileks. Saya tertarik dengan vokal yang berselang-seli menukar gaya daripada Death Metal growl kepada pekikan ala Hardcore (tak pasti ada 2 vokalis ke cemana). Dengarkan juga gitar yang chug chug di beberapa tempat yang tak malu menunjukkan pengaruh breakdown Hardcore. Tak lupa juga ada unsur-unsur Groove Metal… sebenarnya EP ni macam saya cakap tadi la bersepah-sepah rujukannya tapi disatukan dengan baik menjadikannya listening experience yang ARGHHH, puas.

Descent to Madness adalah terbitan Death Metal yang boleh appeal kepada generasi Old School dan juga yang baharu lantaran influence OSDM dan pelbagai lagi dirojakkan. Memang best.

Descent to Madness kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Obituary, Trench Rot, Pig Destroyer, Power Trip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected