Salam Diwali kepada yang beragama Hindu. Kali ni gua nak review sebuah album dari band yang gua rasa dah berpecah kot; iaitu The Sins of Thy Beloved. Band yang berasal dari Norway ni (the land of True and Grim Black Metal,muahahaha-ed) sebenarnya dah lama mendiamkan diri sejak tahun 2001. Dari desas-desus di Internet ada cakap diorang ni dah lama dissolved, ada cakap original vokalis Anita Auglend re-join band ni pada 2007, tapi sampai sekarang haram tak dengar apa-apa cerita. Rasanya lepas release live album Perpetual Desolation, mereka terus senyap disusuli Anita Auglend dan Ingfrid Stensland pulak keluar dari TSoTB.
Baiklah, buat yang belum pernah dengar nama dan hasil TSoTB, biar gua beritau sedikit info pasal diorang. TSoTB (panjang gila nama, gua terpaksa pendekkan-ed) adalah sebuah band dari Norway yang memainkan Symphonic Gothic/Doom Metal (berpandukan daripada Metal Archives). Pehh kalau dengar lagu diorang ni boleh bikin hati hiba dan sayu. Sebab tema dan lirik lagu-lagu mereka memang tentang loss, betrayal, hate, cinta tak kesampaian dan kematian. Oh damn it, gila depressive ni.
Album The Lake of Sorrow diterbitkan pada 1998 melalui Napalm Records dengan sebanyak 7 tracks. Line up untuk album ini adalah seperti berikut:
Anita Auglend – Vokal Glenn Morten Nordbø – Gitar/Vokal Arild Christensen – Gitar/Vokal latar Ola Aarrrestad – Bass Anders Thue – Keyboard Ingfrid Stensland – Keyboard Stig Johansen – Dram
Ya saudara saudari, ada dua kibodis! Jadi lu orang bole bayanglah macamana fat dan grand nya sound mereka! Anyway, 7 tracks tersebut adalah:
My Love The Kiss Worthy of You Lake of Sorrow Until the Dark All Alone Silent Pain
Secara kasarnya, album ini sangat melankolik dan sayu. Barangkali sesuai untuk mereka yang baru break up wahkahkah!Uhm maaf, kekuatan TSoTB tentunya terletak pada vokal Anita Auglend, paduan 2 keyboard, dan atmosfera music dan tentunya tema mereka yang gua dah mention di atas tadi. Lupa pulak nak nyatakan dalam album ni ada pemuzik jemputan iaitu Pete Johansen yang memainkan violin, sebagai satu lagi faktor yang menjadikan lagu-lagu album ni serba sayu dah tentunya. Err serius ni gua tak tipu. Musicnya macam biasa untuk gothic dan doom tidaklah laju, hanya midpaced sahaja.
Macam biasa gua akan pick beberapa lagu untuk di dissect:
Until the Dark- Ahhh apa gua boleh cakap. Lagu cinta! Lagu yang sebenarnya kalau liriknya ditulis untuk band seperti Scoin, Spoon, Spiranza atau SUP boleh buat lu orang mencarut berkati-kati. Seriously liriknya memang jiwang tetapi bila dah combine dengan music doom/gothic, ia jadi sangat beautiful, in dark sort of way lah. Siap ada iringan suara grunt dari Glenn Morten lagi dan juga ada section yang drummernya employ twin pedal. Jiwang dan terarah kepada longing untuk bersama-sama selamanya. Oh so touching +_____+
All Alone – live Perpetual Desolation
All Alone – Wooooo ini boleh buat mana-mana jiwa yang keras jadi lembut! Music wise, lagu ini berjaya membangkitkan rasa despair. Thumbs up kepada keyboardists yang membuat lagu ini serba sempurna, dan juga violin yang memberi perisa sedih yang overdose!Anita Auglend sangat berjaya dalam lagu ni, terutamanya membangkitkan rasa hiba akibat kehilangan cinta. No, gua serius ni. Siap ada merintih-rintih lagi. Baca line ini ‘I feel so lost I fall on my knees,I think about times that used to be‘ dan ini ‘I don’t know how to say goodbye‘ serta ini ‘I’ve lost my hope…My…my will to live…My last farewell…forever…all alone“. Ahhh pedihnya jiwa gua bila mendengar!
Silent Pain – Trek terakhir untuk album ni. Anita Auglend masih lagi berjaya membawa mood sedih + hiba + patah hati untuk lagu ni. And it never gets stale okay? Glenn Morten sekali lagi menyumbangkan suara gruntnya untuk lagu ni dan juga mainan violin Pete Johansen yang berperisa jiwa kacau. Sedih, tetapi tak sesedih All Alone.
Senang cakap, kalau lu rasa lagu-lagu band post-hardcore atau emo yang lu dengar tu dah cukup sedih, wait till you listen to TSoTB, barangkali lu akan tau erti loss cemana wuhahahah! Seriously, kalau lu sedang mencari band yang mampu membawa emosi sedih tetapi masih nak kelihatan metal, TSoTB barangkali sesuai ngan lu. TSoTB sudah tidak mempunyai official website semenjak mendiamkan diri pada 2001. Jadi gua tak dapat nak kasi la URL website rasmi ke apa.Tapi barangkali boleh check di Napalm Records.
Pros:
-Tema yang common dalam genre gothic dan doom, tetapi dari segi pembawaan mesej adalah berjaya. -Vokal Anita, violin dan keyboards adalah elemen terkuat dalam album ni
Cons:
-Gua rasa macam trek-trek terawal agak stale, hanya nampak kekuatan towards the end of the album. -Macam kurang puas pulak dengan 7 trek heheh. Mungkin kalau ada 10 trek baru lengkap jadi sebuah album yang penuh unsur sedih dan kekecewaan.
hahaha seba obscure sangat kot,atau sebab too girlish kot sebab most band camni pakai female vocals.kalau minat boleh jugak check draconian.diorang main style camni gak.
hey man,thanks!pada gua diorang ni memang champion ah bab2 lagu sedih.lagi satu band yang bole tahan sedih adalah funeral.mungkin gua try tulis pasal funeral pulak lain kali.
aku jarang minat band camni. Err… takde pun band feveret on this genre.
hahaha seba obscure sangat kot,atau sebab too girlish kot sebab most band camni pakai female vocals.kalau minat boleh jugak check draconian.diorang main style camni gak.
terbaek la bro…memang sadis gile bunyi lagi..just drum beat and guitar yang cover kesedihan tu…i like!!
hey man,thanks!pada gua diorang ni memang champion ah bab2 lagu sedih.lagi satu band yang bole tahan sedih adalah funeral.mungkin gua try tulis pasal funeral pulak lain kali.